Cari:
Melawat ke Masjid Besar Xi'an
2015-06-13 18:21:40 CRI Cetak
Oleh Nazmi Yaakub, Pengarang Sastera dan Budaya Berita Harian 

Xi'an: Masjid sentiasa menjadi nadi dan pusat kepada penempatan masyarakat beragama Islam seperti yang terjelma pada komuniti Muslim di kota yang pernah menjadi antara lokasi penting Laluan Sutera ini.

Masjid Besar Xi'an yang dibina pada tahun 742 Masihi ketika Dinasti Tang ini boleh dianggap sebagai hati dan jiwa yang menggerakkan seluruh kegiatan di destinasi perniagaan masyarakat Islam yang mencuri perhatian pelancong.

Jalan Muslim yang melingkari dan melingkungi hati serta jiwa itu juga ibarat urat darah yang menghidupkan wilayah ini; hingga antara masjid dan pasar tidak boleh dipisahkan.

Pengalaman itulah yang dapat dirasai oleh pelancong dan pengunjung sehingga menjadikan kota Xi'an serta jalan yang menampung premis perniagaan dan Masjid ini tidak boleh dilepaskan.

Jalan Muslim di lokasi perniagaan ini menampilkan warna-warni bukan saja dalam bentuk juadah dan hidangan yang dijual, bahkan memberikan pengalaman budaya yang mengasyikkan kepada pelancong dan pengunjung.

Makanan tradisi yang ditawarkan seperti pau sup yang istimewa dengan budaya yang unik, sate kambing dengan menggunakan kayu penyucuk yang berasal dari pokok yang khas hidup dip padang pasir bukan hanya memberikan pengalaman kulinari, bahkan adalah sebahagian budaya yang dapat kita rasai.

Saya juga sempat menunaikan solat Jumaat, iaitu suatu kesempatan terbaik yang dapat menguak tirai pengalaman dalam merasai perbezaan antara masyarakat yang merentas sempadan negara.

Perbezaan ini boleh dianggap perbezaan yang boleh diterima dalam masyarakat Islam dan dapat memberikan pengalaman yang bererti dalam memahami pentingnya persefahaman budaya untuk keamanan masyarakat dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China