Cari:
Tidak Bimbang tentang Makanan di Xi'an
2015-06-13 18:32:50 CRI Cetak

Oleh Azman Anuar, Penolong Pengarang Mingguan Malaysia 

Bangun pagi sahaja, otak berfikir boleh makan apa di Hotel 1935 House. Sudah pasti air kosong, telur rebus dan susu sahaja. Makanan lain bimbang dijamah sebab takut statusnya haram.  

Mujur pelayan wanita di restoran itu dengan mesra cuba meyakinkan saya status restoran hotel mereka adalah halal. Siap dia menunjukkan logo halal pada sekotak susu segar.

Ketika pertemuan rombongan Kembara Laluan Sutera 2015 dengan Timbalan Pengurus Besar Lemabaga Pelancongan wilayah Lianhu Xi'an, Fubao Chen, bersungguh-sungguh beliau mempromosikan destinasi makanan halal Xian untuk pelancong Malaysia.

Untuk tujuan itu pentadbir di Xi'an giat mengadakan Festival Makanan Halal Xi'an. Baru-baru ini berlangsung festival tahunan itu yang keempat.

Keyakinan saya terhadap makanan halal di kota purba ini bertambah apabila melawat jalan makanan halal di Xi'an. Masuk melaui pintu gerbang, saya sudah lega melihat peniaga wanita bertudung dan si lelaki memakai songkok atau kupiah putih.

Pelbagai jenis makanan boleh dinikmati. Begitu ramai orang berkunjung ke jalan itu yang menyajikan pelbagai bentuk unik dan cita rasa makanan yang enak. Riuh-rendah kawasan perniagaan ini dengan gelagat peniaga dan juga pelancong.

Saya difahamkan, bukan semua peniaga di sini beragama Islam tetapi rakyat China telah menunjukkan perpaduan tanpa mengira perbezaan etnik dan agama.

Apabila kami berkunjung ke dua buah restoran untuk makan tengah hari dan malam, saya tanpa ragu-ragu menikmati makanan yang belum pernah saya nikmati termasuk masakan daging kambing, lembu, ayam dan sayur-sayuran serta mi.


Yang Rou Pao Mo

Jadi, Xi'an boleh saya labelkan sebagai kota makanan halal China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China