(Oleh Nurazidah binti Mohamed, TV Al-hijrah)
Hari pertama menjejakkan kaki ke China pastinya memberikan satu impian yang sangat besar pada setiap pelancong. Banyak tempat bersejarah yang boleh dilawati bahkan mendapat pengetahuan luas mengenai budaya masyarakat di China.
Atas bantuan China Radio International, kami berpeluang menjelajah negara China ini selama 10 hari.
Ketika berkunjung ke CRI, kami gembira ketana berpeluang ke pejabat CRI. Kami dibawa melihat pameran pencapaian CRI dan meninjau suasana di bilik konti radio iaitu di Unit Siaran Bahasa Melayu.
Bergambar bersama-sama di lobi bangunan CRI