Cari:
Kagum Kehalusan Seni Patung Tentera Terra Cotta
2015-06-14 11:53:59 CRI Cetak

(Oleh Azman Anuar, Mingguan Malaysia)

Melangkah masuk ke dalam ruang dewan besar pertama Muzium Tentera Terra Cotta, saya rasa sangat bertuah. Bukan semua orang berpeluang sampai ke Muzium Patung Tanah Liat Dinasti Qin ini.

Di sini saya melihat dengan mata sendiri keadaan patung-patung pelbagai peringkat jawatan tentera serta kuda. Wow! Sungguh hebat orang China dahulu membuat kerja-kerja seni yang begitu halus dan teliti.

Saya lebih kagum apabila melihat bukan satu tetapi ada beribu-ribu patung yang diukir berbeza-beza terpacak di depan mata. Menurut pemandu pelancong kami, Julia, pembinaan patung-patung itu semata-mata untuk mendiang Maharaja Qin Shihuang yang meninggal dunia ketika berusia 49 tahun.

Melihat seni ukiran patung yang halus dan unik, saya bersetuju sangat dengan langkah UNESCO menjadikan tapak muzium ini sebagai khazanah dunia yang patut dipelihara.

Patung-patung tentera dan tentera berkuda Terra Cotta sudah berusia lebih 2000 tahun lamanya. Inilah satu lagi simbol kehebatan rakyat China selepas pembinaan Tembok Besar China.

Xian bertuah kerana turut diiktiraf bersama kota Athen, Kaherah dan Rom sebagai empat bandar tamadun purba.

Selepas melawat kawasan yang ditemui oleh seorang petani pada tahun 1974, saya bertambah ghairah untuk melihat keajaiban lain di laluan sutera kami seterusnya di kota Jiayuguan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China