Cari:
Jiayuguan, Saksi Sejarah China
2015-06-16 12:23:30 CRI Cetak
(Oleh Nazmi Yaakub)

Jaiyuguan: Tembok Besar Jaiyuguan, China Peafowl Garden dan Fantawild Adventure menjadi pengalaman yang menggabungkan masa silam yang gemilang dan masa depan yang moden.

Bagaimanapun, masa silam Jaiyuguan memainkan peranan penting dalam membentuk sejarah tamadun China, bahkan ia menjadi batu asas pertama yang menyaksikan tembok besar kekal gagah sehingga kini.

Jaiyuguan Pass yang menjadi pintu masuk ke negara Tembok Besar ini, menjadi pintu gerbang kepada manusia pada zaman silam termasuk pedagang untuk menjejakkan kaki ke negara tamadun besar timur ini.

Dalam konteks Jaiyuguan, tembok ini boleh disifatkan sebagai himpunan batu asas yang disusun sehingga teguh, sekali gus menjadi tapak kepada dinasti yang silih berganti.

Dari segi fizikal, Jaiyuguan Pass tersergam gagah seolah-olah pengawal dinasti yang menjalankan dua tugas; menjaga keselamatan kota yang terletak di barat laut China ini dan juga penyambut tetamu yang mengalu-alukan kedatangan kafilah dagang, diplomatik dan manusia pelbagai kabilah.

Dengan ketinggian yang melangkaui kemampuan manusia biasa untuk mencerobohnya, Jaiyuguan Pass menawarkan keselamatan dan kedudukan yang strategik sebagai kota pertama tamadun yang hebat ini.

Sementara itu, China Peafowl Garden pula mewakili sisi alam sekitar Jaiyuguan yang mengekalkan kelestarian alam di kota yang diselimuti oleh padang pasir tetapi disuburkan dengan kebijaksanaan manusia dalam memajukannya.

Burung merak yang mendiami taman haiwan ini seolah-olah mewakili keindahan alam dan pada masa sama menterjemahkan kebanggaan dan keyakinan diri.

Sebagai destinasi pelancongan, Fantawild Adventure pula menghidangkan sisi hiburan yang menggabungkan elemen sejarah, teknologi dan fantasi dalam menawarkan sisi pelancongan yang moden.

Ia adalah sebahagian daripada jati diri kota ini yang turut menawarkan pelbagai destinasi baik yang bersifat sejarah, alam dan kemodenan termasuk hiburan, seni dan sebagainya.

Meskipun tiga hari berada di Jaiyuguan, ia cukup menjadikan kota ini sebagai destinasi pelancongan yang wajar dikunjungi lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China