Cari:
Menuju Padang Pasir di Dunhuang
2015-06-18 10:49:26 CRI Cetak
(Oleh Nurazidah binti Mohamed, TV Al-hijrah)

Hari ini kami memulakan perjalanan panjang dengan menaiki bas selama 5 jam dari jiayuguan menuju ke kota Dunhuang. Kemudian diteruskan ke arah Selatan.

Di sinilah kenikmatan pemandangan yang sangat unik dengan kawasan gunung yang dikenali sebagai Gunung Mingsha.

Mingsha bermaksud pasir yang bersuara. Ini menjadikannya destinasi terkenal di Dunhuang.

Di sini juga memberi gambaran kepada kami mengenai sejarah zaman Dinasti yang pernah memerintah negara China.

Kami tiba di Yumenguan atau dikenali dengan Yumen Pass.Tempat ini dikatakan tempat persinggahan para pedagang dari Asia timur ke kota Xi'an.

Bagi tentera pula, kawasan ini menjadi tempat pengumpulan bahan-bahan senjata mereka ketika peperangan berlaku. Jika tiada peperangan, kawasan ini turut memberi sumbangan kepada bidang pertanian.

Jika ingin mendapatkan makanan halal di Xi'an, pastinya Muslim Street menjadi tumpuan.

Manakala di Dunhuang, pasar malam Dunhuang perlu dikunjungi. Ianya terletak di tengah bandar dan sentiasa dipenuhi pengunjung terutama masyarakat Islam.

Menariknya adalah pelancong muslim yang menikmati makanan halal di sini juga berpeluang pergi ke satu-satunya masjid yang terdapat di Dunhuang kerana masjid Dunhuang terletak berhampiran dengan pasar malam.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China