Cari:
Konsert Persahabatan China-ASEAN akan diadakan di Beijing
2015-12-10 14:25:54 CRI Cetak

Nikmati lagu klasik dari seluruh rantau Asia Tenggara

Hayati persembahan artis dari 11 negara

Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015 anjuran bersama Radio Antarabangsa China (CRI), Jabatan Pentadbiran Penerangan, Penerbitan, Radio, Filem dan Televisyen Guangxi dan media dari pelbagai negara ASEAN akan diadakan di Beijing pada 16 Disember 2015.

Artis-artis dari 10 negara anggota ASEAN dan China akan mempersembahkan lagu-lagu klasik sebagai tanda persahabatan dalam konsert ini.

China dan negara-negara anggota ASEAN bukan sahaja jiran baik, tetapi juga mempunyai keunikan budaya masing-masing yang boleh wujud bersama secara harmoni. Seni muzik pula merupakan salah satu hiburan yang paling diminati di rantau ini.

Konsert Persahabatan China-ASEAN 2015 yang bertemakan "Rantau Kita, Lagu Kita" (Our Region Our Song) ini bertujuan untuk meningkatkan persefahaman antara rakyat China dan negara-negara ASEAN, membangkitkan rasa mesra khalayak China dan negara-negara ASEAN terhadap budaya masing-masing, dan mengudarakan persahabatan dan keharmonian rantau ini.

Pihak kerjasama konsert kali ini termasuk: Radio Televisyen Malaysia (RTM), Radio Televisyen Brunei (RTB), Akhbar Lianhe Zaobao Singapura, Televisi Republik Indonesia, Stesen TV Negara Kemboja, Stesen TV Negara Laos, Radio Televisyen Negara Thailand, Stesen TV Negara Filipina, Radio Televisyen Negara Myanmar (MRTV) dan Stesen TV Vietnam.

Untuk menyerikan lagi konsert ini, delegasi penggambaran CRI dan Stesen TV Guangxi telah melawat ke 10 negara ASEAN untuk mencari lagu-lagu klasik yang dapat memperlihatkan dan mewakili budaya negara masing-masing, dan akan menerbitkan siri program TV berkenaan.

Sebagai hasil perbincangan dan kerjasama dengan pihak RTM, lagu Wau Bulan telah dipilih sebagai lagu yang mewakili budaya Malaysia, dan akan dipersembahkan oleh Asmidar Ahmad, artis Malaysia.

Persembahan-persembahan lain termasuk:

lagu Anak Durhaka oleh Sri Nazrina dari Brunei;

lagu True Love oleh Bunga Citra Lestari dari Indonesia;

lagu Home oleh Tay Kewei dari Singapura;

lagu Love Great Charm oleh Thanon Jumroen dari Thailand;

lagu Anak oleh Aldrich Talonding dari Filipina;

lagu Autumn oleh Ma Chanpanha dari Kemboja;

lagu Champa Flower oleh Kai Overdance dari Laos;

lagu Thanakha oleh A Sai dari Myanmar;

dan lagu Water-ferns Drift, Clouds Float oleh Ta Quang Thang dari Vietnam.

Penyanyi-penyanyi dari China pula ialah Wang Li, Bei Bei, Wang Sulung, Yu Kewei, Ma Di, Xu Yina, Wu Damu, Xiong Rulin, dan Wang Xiaomin.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China