Cari:
Azrida Yusop
2016-07-27 10:00:07 CRI Cetak

Azrida Yusop dari TV AlHijrah, mula menceburkan diri dalam bidang kewartawanan sejak tahun 2014. Meskipun masih setahun jagung, namun kesungguhannya terbukti menerusi penulisan berita yang tepat dan padat. Beliau sering membuat liputan acara dan program peringkat tempatan serta antarabangsa selain menghasilkan pelbagai laporan khas dan tinjauan umum isu kemasyarakatan, keusahawanan, kesihatan, dan keagamaan. Antaranya termasuk Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, Rancangan Malaysia ke-11, sidang Dewan Negara dan Rakyat, serta pelbagai program anjuran kementerian. Beliau juga pernah membuat laporan khas seperti Hari Guru di SMK Lutong Miri, laporan khas kader Jakim, laporan khas Hari Wilayah, laporan khas Poligami, dan laporan khas Projek Perumahan Rakyat selain terlibat dalam liputan festival fesyen dan ekspo jualan sebagai contoh Muslima In Style Fashion Forward, program anjuran agensi terpilih seperti Program Cerapan Gerhana Bulan Berdarah di Menara Kuala Lumpur dan Program Payung Terjun Antarabangsa. Beliau bukan sahaja cintakan dunia penulisan berita malah sentiasa ingin mendalami skop penyiaran televisyen. Kini, beliau bertugas sebagai wartawan penyiaran Berita Alhijrah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China