Cari:
Empat Jam Mengujakan Menuju Xi'an
2016-07-28 11:46:40 CRI Cetak

Oleh Azrida Yusop dari TV AlHijrah

Kali pertama menaiki kereta api dengan kelajuan lebih 300 kilometer sejam adalah pengalaman baru yang cukup mengujakan. Momen ini membuatkan saya mengimbau sejauh mana teknologi pengangkutan awam di Malaysia berpotensi untuk dinaiktaraf ke peringkat lebih baik. Selain itu, layanan yang diberikan kakitangan kereta api ini cukup ekslusif dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Sikap ramah dan murah senyuman dimiliki kakitangan disini pasti menyenangkan setiap penumpang khususnya warga emas dan kanak kanak. Selain itu, saya sungguh terharu menerima layanan seperti orang kenamaan oleh pegawai kereta api bertugas. Mereka memberikan buah buahan tempatan serta makanan traditional halal China kepada kami. Ia merupakan pengalaman yang unik untuk merasai variasi makanan di bumi China ini sendiri. Apa yang dapat saya perhatikan, mereka mengamalkan sikap mendahulukan pelanggan atau penumpang. Saya turut bersyukur ruang tempat duduk cukup selesa dan tandas dalam keadaan bersih. Malah, selang beberapa minit pasti kelihatan 'mak cik tukang cuci' mengemop laluan sepanjang gerabak bagi memastikan tahap kebersihan sentiasa terpelihara. Saya pasti penduduk tempatan dan pelancong gembira dengan jenis pengangkutan ini yang bukan sahaja menjimatkan masa dan jarak, malah ia menyajikan pemandangan serba hijau nan menyamankan kepada mereka yang ingin lari dari hiruk pikuk kota batu. Kesimpulannya, orang ramai perlu merasai sendiri pengalaman hebat menaiki kereta api laju ini.

[7/27, 8:07 PM]

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China