Cari:
Keret Api Laju dan Lanskap Alam yang Menyatu
2016-07-28 11:51:00 CRI Cetak

Oleh: Faizal Riduan dari MySuara 

Kereta api laju dari Beijing ke Xian selama 4.30 jam dengan kelajuan 306 km sejam adalah definasi sebenar bagi kemajuan dan permodenan China. Jika 'Laluan Sutera' dikatakan sebagai penghubung Timur dan Barat, Stesen Keretapi Barat Beijing ini berjaya menyatukan kemodenan seni bina konkrit batu dan tradisi alam dalam sela rona pastel hijau, kuning dan coklat.

Keterujaan pertama kali memasuki perut keretapi laju seperti mengimbau pengalaman pertama menaiki kapal terbang sedekad yang lalu. Bezanya dengan keretapi laju, saya dapat melihat suasana alam yang harmoni dengan memijakkan kaki di sini. Ini barulah menepati kata pepatah Melayu, "jauh perjalanan luas pemandangan".

Pandangan saya bahawa kereta api sebagai sistem pengangkutan awam paling klasik dan kuno sejak zaman kereta api wap untuk mengangkut bijih timah pada abad ke-19 ternyata sudah tidak relevan lagi.

Walau kereta api bergerak laju tetapi saya merasakan perjalanan begitu lambat sekali kerana asyik dan pesona dengan tanaman, pepohon dan gunung-ganang yang bagaikan sebuah lukisan hidup yang bergerak. Secangkir teh Cina yang dihidangkan semasa perjalanan menyaksikan bagaimana tradisi China boleh sebati dengan teknologi gerabak besi.

Dalam keterujaan saya sempat tertidur sambil mengimpikan perjalanan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Kunming. Alangkah indahnya!

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China