Oleh AZRIDA YUSOP, TV AlHijrah
Patung tanah Terracota dibina atas kepercayaan ia akan memelihara makam Maharaja Qin Shihuang, raja pertama memegang tampuk pemerintahan Dinasti Qin, iaitu era permulaan di China selepas kemangkatan baginda. Kisah purba abad ke 220 sebelum masihi ini bagi saya membawakan unsur misteri dan mendebarkan.
Malah kisah tukang kebun yang mula mula menjumpai artifak ini juga satu kisah awal yang menarik. Siapa sangka penemuan tinggalan sejarah ini berupaya merungkai susur galur dinasti terawal negara. Bagi saya cuaca panas luar biasa, ditambah dengan ribuan pengunjung berasak asak ke muzium ini buat saya fikir beberapa kali mengapa saya perlu meneruskan perjalanan ke tiga perhentian patung Terracota.
Tapi ternyata pemandangan bersejarah menakjubkan di hadapan mata saya berjaya menangkis segala rasa yang ada. Setiap perhentian mempersembahkan antara lebih 60 hingga ratusan patung panglima tentera pelbagai bentuk dengan ukiran wajah yang berbeza. Setiap daripadanya menjawat posisi berbeza dan diatur rapi agar penjagaan ke atasnya terus terpelihara. Segalanya menakjubkan!