Cari:
Tentera Terracotta dan Misteri Makam Maharaya Qin Shi Huang
2016-07-29 14:17:56 CRI Cetak

Oleh: Faizal Riduan dari MySuara

Mengunjungi persemadian tentera Terracotta yang menjadi lambang keagungan Maharaja China pertama, Qin Shi Huang amat mengagumkan dan menginsafkan.

Ia menjadi prasasti bukti bahawa ketamadunan dinasti China kuno bukan sekadar hikayat mitos dan lagenda.

Kumpulan ratusan patung yang lengkap berpakaian seragam dan bersenjata, tegap berdiri dalam formasi kawad dan dengan ekspresi wajah yang serius sudah dapat mengambarkan tahap disiplin tinggi dan kesetiaan untuk 'hidup mati' mempertahankan maharaja di zaman silam.

Pepatung yang diperbuat daripada tanah Gunung Lishan ini akan menjadi satu lagi artifak yang akan saya ingati selain timbikar dan seramik China yang terkenal bermutu tinggi.

Penemuan sebahagian tentera Terracotta berjumlah 3,000 tentera daripada keseluruhan yang dianggarkan sejumlah 8,000 tentera, 130 pedati dengan 520 kuda dan 150 tentera kavalri oleh petani tempatan pada 1974 adalah hadiah Dinasti China kepada dunia dan diiktiraf sebagai Warisan Dunia UNESCO.

Dalam perjalanan yang panjang dan lelah, pencarian dalam keterujaan saya masih belum berakhir selagi misteri makam Maharaja Qin Shi Huang yang dipercayai berada di bawah tanah binaan piramid 76 meter yang masih belum ditemui oleh pakar arkeologi.

Catatan sejarawan Sima Qian (145-90 SM) mengenai pembinaan makam ini yang bermula pada 246 SM dan melibatkan 700,000 pekerja masih meninggalkan banyak magis dan mistik.

Walau pun maharaja telah mangkat 2,200 tahun yang lalu, baginda masih 'hidup' dan 'panjang umur' dengan menjadi maharaja paling diingati bukan sahaja oleh seluruh rakyat China tetapi juga warga dunia. Dirgahayu Tuanku!

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China