Cari:
Pengalaman di Terra-Cotta
2016-07-29 14:25:38 CRI Cetak
Oleh Siti Haliza Yusop, Berita Harian

Merugikan jika ke Xi'an tetapi tidak mengunjungi tapak patung tanah Terra-Cotta, yang dibangunkan Maharaja Shihuang pada zaman pemerintahannya kerana percaya ia dapat menjaganya dalam dunia selepas kematian nanti.

Mengenali sejarah Terra Cotta pada zaman persekolahan, menyebabkan 'pertemuan' dengan ribuan tentera tanah liat dari dinasti Qan ini sebagai satu pengalaman yang sangat dekat di hati.

Bahang panas matahari tegak di atas kepala yang menyebabkan peluh mengalir laju ditambah dengan kehadiran ribuan pengunjung lain tidak menghalang kami terus meneroka tinggalan sejarah hebat ini apatah lagi apabila dimaklumkan dalam banyak tinggalan patung tanah liat pada zaman itu, patung tentera pada zaman Maharaja Shihuang ini adalah yang terbesar kerana dibuat dalam saiz manusia sebenar.

Di sebalik menghayati sejarah tanah liat disebalik penciptaan patung tanah liat Terra-Cotta ini, ada masanya saya turut terbawa menyelami kepakaran dimiliki rakyat China dalam menyiapkan tinggalan sejarah hebat dalam kekurangan teknologi zaman itu.

Bagi Maharaja Shihuang sendiri, saya turut terfikir, jika tidak menjaga beliau dalam zaman selepas matinya seperti yang diinginkan beliau pun, pembinaan patung tanah liat Terra-Cotta ini pastinya sudah 'menjaga' beliau dalam cara lain - iaitu memastikan nama Maharaja Shihuang terus segar disebut dan tinggalannya dikunjungi jutaan manusia dalam sejarah dunia hari ini walaupun selepas berabad lama kematiannya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China