Cari:
Dasar Satu Jalur Satu Laluan Bantu Masyarakat Islam Qinghai
2016-07-31 14:48:48 CRI Cetak

Azman Anuar, Mingguan Malaysia

Selepas rombongan Lawatan Laluan Sutera 2016 selesai di kota Xian dengan melawat muzium Terra Cotta, kami terbang ke kota Xining dalam Provinci Qinghai yang turut didiami minoriti Islam.

Masyarakat Islam di Xining tidak berasakan kerajaan China menganaktirikan mereka. Sebaliknya masyarakat Islam yang berpopulasi 1.2 juta daripada 6 juta penduduk di wilayah keempat terbesar di China itu bersyukur kerana dapat menikmati pembangunan sejak pelaksanaan dasar Satu Jalur Satu Laluan China.

Apabila bertemu Naib Presiden Mi Tarik Qinghai, Ma Qing Yun, antara perkataan awal yang diperkatakannya adalah tentang peluang dan ruang yang diberi dalam inisiatif Satu Jalur Satu Laluan untuk mengembang perniagaan restoran mi tarik di Malaysia dan Indonesia.

Pemilik Restoran Mi Tarik Lembu Qinghai di West Garte di kota Xining itu yakin dengan perniagaan ini yang mampu menyediakan lebih 600,000 orang di seluruh China terlibat dalam industri makanan ini. Daripada jumlah itu 250,000 orang yang terlibat beroprasi di Qinghai.

Kebanyakan restoran mi tarik di 80,000 buah restoran di seluruh China diusahakan oleh orang Islam.

Masakan mi tarik memiliki keistimewaan tersendiri. Mi daripada adunan tepung yang diuli dengan tangan tukang masak yang menarik-narik jalur mi adalah keunikkannya tanpa penggunaan mesin. Mi tarik kemudian diganding dengan sup daging lembu terpilih.

Masakan mi tarik kini telah berada di Malaysia melalui beberapa rangkaian restoran Mee Tarik Warisan Asli. Jadi bukan suatu halangan jika pengusaha restoran mi tarik di Qinghai ingin meneroka bidang perniagaan makanan halal di Malaysia.

Begitu juga impian Pengerusi Kumpulan Perdagangan Komersial dan Industri Qinghai Lamaidan, Ma Xianyun yang mahu mengembangkan perniagaan melalui dasar Satu Jalur Satu Laluan China.

Beliau yang menjadi usahawan Islam Qinghai sejak 28 tahun lalu menajdi maju dengan sokongan kerajaan China. Melalui dasar satu Jalur Satu Laluan China membantu memakmurkan ekonomi masyarakat Islam di Xinghai, semakin bertambah orang Islam yang kaya.

"Kami amat berterima kasih dasar yang juga mengutamakan masyarakat Islam. Dengan dasar kerajaan kami ini juga kami berani melabur projek pembangunan Kevian Residence dekat KLCC, Malaysia bernilai 1bilion Yuan.

"Tujuan melabur di Malaysia adalah untuk merapatkan hubungan kerajaan China dan Malaysia. Selain itu, kami pilih Malaysia kerana sebuah negara Isalm dan makanan halal," jelas tokoh Islam Qinghai itu.

Jelas, pembaharuan melalui dasar Satu Jalur Satu Laluan banyak mengubah masayarakat dan pengusaha Islam di seluruh China terutama Qinghai untuk lebih maju dan berjaya dalam perdagangan tempatan dan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China