Cari:
Etnik Salar di Xunhua Semakin Maju
2016-08-01 13:43:33 CRI Cetak

Azman Anuar, Mingguan Malaysia

Laluan Sutera yang wujud ribuan tahun dahulu secara langsung telah membawa keturunan etnik Salar bertapak di Xunhua, dalam provinci Qinghai.

Pada 31 Julai 2016, sebanyak 19 orang ahli rombongan wartawan dari CRI, Malaysia dan Indonesia dalam Kembara Laluan Sutera 2016 dibawa melawat ke Daerah Autonomi Etnik Salar Xunhua. Kami meninjau lebih dekat ke sebuah kampung etnik Salar iaitu Kampung Zhongzhuang, Xunhua County, Qinghai untuk mengenali budaya dan tradisi etnik tersebut.

Untuk ke kampung itu, bas yang kami naiki perlu melintasi cerun dan tebing di lereng gunung sebelum tiba di sana. Mukim Jiezi di Xunhua merupakan tempat kediaman terawal bagi etnik Salar selepas mereka berhijrah dari Asia Tengah pada ratusan tahun yang lalu.

Setibanya di sebuah empangan hidro di kaki Gunung Jishishan yang berdekatan dengan Sungai Kuning, di Xunhua, kami disambut oleh pengusaha Qinghai Delin Agriculture and Animal Industry Comprehensive Ecological Development Co, Ltd., Delin Han atau Ismail serta pensyarah Universiti Qinghai yang boleh berbahasa Melayu (kini menyambung pengajian PhD di Universiti Malaya, Kuala Lumpur) Hassan Hj Ibrahim.

Kemudian kami dibawa melawat dan bergambar dekat empangan hidro Xunhua.

Menurut Hassan yang juga etnik Salar, keturunannya sudah mendiami Qinghai sejak dinasti Yuan lagi. Mereka masih berbahasa Turki yang hampir sama sebutannya dengan bahasa Turkmen (Turki). Kesan perkahwinan campur dengan etnik lain etnik Salar sudah meninggalkan banyak adat lama dan ramai mengikut cara orang Tibet dan Moghol (Muslim Mongol) di Qinghai.

Berdasarkan keterangan Ismail pula, ramai penduduk etnik minoriti di dataran tinggi di provinsi Qinghai telah mengalami perubahan besar dalam kehidupan mereka kerana adanya pelbagai dasar keutamaan negara China.

Dasar keutamaan kerajaan China untuk menyokong kawasan kediaman etnik minoriti bukan sahaja mendorong pembangunan ekonomi malah mengubah cara hidup masyarakatnya.

Etnik Salar juga keturunan yang menceburi bidang perniagaan. Kami menemui kaum lelaki dewasa yang kebanyakannya berjanggut, berbaju putih dengan kopiah putih atau hitam. Kaum wanitanya memakai tudung pendek hitam atau putih.

Ismail adalah contoh seorang lagi etnik Salar yang berjaya. Beliau kini mengusahakan ladang pertanian moden yang projek pembangunannya bernilai lebih RM400 juta dan projek taman tema di tepian Yellow River yang dalam pembinaan. Projek yang diusahakannya memberi manfaat kepada lebih 10,000 penduduk kampung.

Kerajinan etnik Salar antara faktor kemajuan yang dicapai oleh masyarakat ini ditambah dengan sokongan kerajaan mereka.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China