Cari:
Gurindam Kembara Laluan Sutera 2016
2016-08-01 13:53:29 CRI Cetak

Dari Kuala Kumpur kita terbang

Beijing menyambut hati yang girang

Kembara Sutera disertai wartawan dan pengarang

Wenwen, CRI tersenyum bukan kepalang.

Kereta api laju Beijing ke Xian

Kota purba penuh warisan

Pahlawan Terra-Cotta beribu-ibu tahun tersimpan

Diiktiraf sejarah 8 keajaiban dunia diwartakan

Pahlawan Terra-Cotta pusat pelancongan.

Provinsi Qinghai kaya dengan keindahan

Gunung-ganangnya berwarna-warni menjadi hamparan

Kita terbang ke sini mengali kemanusiaan.

Tasik Qinghai seluas pandangan

Airnya tenang bagai cerminan

Manusia dan alam disatukan

Agar terpelihara anugerah Tuhan.

Saudagar Ma muslim Xining ikon pembangunan

Memakmurkan ekonomi muslim diutamakan

Beribu-ribu Muslim berteduh rezeki mencari makan

Hingga ke Malaysia menjana pendapatan.

Mi Tarik Xining membuka selera siang dan malam

Perencah mi tarik kekal asli zaman silam

Diturunkan dari leluhur beragama Islam

Beribu-ribu restoran ada

usahlah kita gundah dan kelam

Sekali rasa bagai mengindam.

Gunung Matahari dan Bulan

Sungguh mengasyikkan

Kisah Puteri Wen Cheng digembar gemburkan

Hingga yang datang berlari anak diiringi udaranya nyaman

Sejuk mengigit kulit wajah rupawan

Lima unsur, tanah, api, udara, air dan awan disatukan

Mercu tanda manusia dan kehidupan.

Etnik Muslim Salar bertapak di Xunhua

Sejarah etniknya bermula dari Mata Air Unta

Sedikit demi sedikit Etnik Salar berkembang dek ekonomi, agama dan budaya

Encik Ismail Han ikon pengusaha

Ladang dan pelancongan dijana bersama warga

Segala kekayaan alam di Xinhua dimanfaat bersama

Xinhua maju pendukung ekonomi negara.

Kisah Kembara kini melabuh tirainya

Segala catatan tertulis madah bitara

Buat manusia yang cinta sejarah dan budaya

Di lain masa pasti kita bersua.

RAZALI BCM

XI'AN-QINGHAI

27 Julai- 1 Ogos 2016

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China