Para penumpang sudah mengambil tempat duduk masing-masing dan sudah meletakkan bagasi di ruang penyimpanan. Ruang penyimpanan bagasi HSR China boleh dikatakan kukuh kerana mampu menampung bagasi yang banyak. Kemudahan ruang bagasi yang kukuh amat dipentingkan untuk perjalanan yang panjang seperti ini kerana kebanyakan penumpang pastinya membawa banyak bagasi, sama ada untuk pergi bercuti atau pulang ke kampung halaman. Selain itu, ruang penyimpanan bagasi yang kukuh juga dapat menjamin keselamatan penumpang daripada ditimpa atau dihempap bagasi-bagasi bersaiz besar dan berat itu.