Cari:
Manfaat luar biasa Duajiangyan
2017-05-10 16:38:37 CRI Cetak

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

Sebaik menjejak kaki di Chengdu yang terletak di wilayah Sichuan, mata penulis nyata kagum dengan gaya hidup dan pemikiran 'luar biasa' masyarakat di sini.

Bukan hanya pembangunan semata-mata yang didambakan, sebaliknya lawatan ke Duajiangyan yang merupakan sebuah projek tali air bersejarah lama mengubah pemikiran penulis mengenai pemimpin sejarah terdahulu yang amat menitikberatkan kebajikan rakyatnya.

Ternyata, idea yang diteroka pakar tali air berabad lamanya, Li Bing telah membawa manfaat besar kepada penduduk di Chengdu di mana mereka kini dapat menikmati sumber bekalan air yang dijamin melalui air yang terus mengalir deras untuk kegunaan seharian mereka di sini.

Penulis difahamkan, sekitar bulan Jun hingga Ogos setiap tahun, hujan akan turun mencurah di bumi Chengdu dan ketika itu jumlah air ditampung di tali air Duajiangyan akan bertambah dan menjadi 'sumber simpanan' utama.

Bayangkan, idea ikonik purba ini juga merupakan satu benteng untuk menahan Sungai Min daripada bah dan tidak hairanlah projek tali air purba yang sudah bersejarah lebih dua ribu tahun itu sampai sekarang masih digunakan dan memainkan peranan penting dalam mengairi sawah ladang dan menyalirkan air banjir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China