Cari:
Terukir Namamu  Terakam Sejarah
2017-05-10 16:17:12 CRI Cetak

Oleh: Razali Bin Che Mat

Patung-patung tua

berdiri megah

terukir di batu sejarah

sudah berusia 2000 tahun sejarahnya

Li Bing, Wen Weng, Zhuge Liang,Ding Baozhen

dan pemimpin agung

meresami dinasti ke satu dinasti

pemimpin dan rakyat

membanting tulang

mengasah minda

mengorban segala-galanya

demi nusa tidak ternoda

amukan bencana

air mengalir dari perut dan gunung-ganang bumi

Dujiangyan

dari abab ke abab sengketanya.

Patung-patung tua ini

biarpun kaku

tanpa suara dan tingkah laku

tetap bersejarah

hingga Dujiangyan

menjadi kota kunjungan

beribu-ribu pelosok manusia

membongkar misteri

menjungkar balik rahsia

air mengalir tersusun

dek tangan-tangan mereka

memakmurkan ilmu

untuk nusa sepanjang masa

terukir namamu

terakam sejarah

pada patung-patung tua.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China