Cari:
Menziarahi Kampung Halaman Panda Fu Wa dan Feng Yi
2017-05-12 14:49:05 CRI Cetak

Oleh: Faizal Riduan

Pertama kali mengenali panda adalah melalui logo Tabung Perlindungan Hidupan Liar (WWF). Berbeza dengan spesies beruang lain yang mengerunkan, panda sangat comel seperti 'teddy bear'. Haiwan berwarna hitam dan putih ini mengingatkan saya dengan tapir Malaya di Malaysia, juga dengan warna yang sama dan dalam kategori spesies terancam.

Menjejaki Pusat Konservasi Panda, Chengdu amat menginsafkan bagaimana sejumlah 160 ekor panda di sini dipelihara dan dibiakkan sebagai tanggungjawab manusiawi untuk menyelamatkan seluruh makhluk di muka bumi.

Walaupun populasi panda amat kecil, tapi anda bisa menemukan ribuan panda lagi dalam bentuk cendermata di kedai sehinggalah ke lapangan terbang sebagai maskot atau duta. Tidak hairanlah apabila Cengdu dikenali sebagai 'Bandar Panda'.

Pertama kali melihat panda, saya dapat merasakannya panda adalah haiwan yang periang dan penyayang. Melihat keletahnya menyantuni sesama sendiri serta asyik mengunyah batang bambu dan dedaun pokok bagaikan melihat pertunjukan sarkas yang hidup dan semulajadi.

Sebelum ini, saya hanya mendengar berita Malaysia telah menjadi rumah kedua bagi panda Fu Wa yang dinamakan semula sebagai Liang Liang dan panda Feng Yi yang dikenali sebagai Xing Xing tanpa kesempatan untuk bertentang dengan mata hitamnya.

'Diplomatik Panda' antara China dan Malaysia pada tahun 2014 itu adalah lambang hubungan rasmi sebuah negara moden hampir setengah abad yang tidak termasuk hubungan antara kerajaaan lama yang jauh ribuan tahun lamanya. Panda yang jinak dan mesra membawa simbolik tentang hubungan antara negara yang bahagia dan harmoni.

Pasangan panda bahagia Fu Wa dan Feng Yi akan kembali semula ke sini pada tahun 2018 dan saya berasa sangat bertuah kerana dapat menziahari kampung halaman Fu Wa dan Feng Yi. Cuma sedikit ralat kerana tidak dapat menemui induk mereka untuk menyampaikan salam anak-anaknya dari Malaysia!

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China