Cari:
Momen indah nikmati salji di Huanglong
2017-05-12 15:34:40 CRI Cetak

Oleh NOR SHAFAWATI YUP

MELIHAT salji turun di kawasan pergunungan Huanglong merupakan satu pengalaman berharga yang tidak mungkin saya lupakan sepanjang lawatan ini.

Udara nyaman di bawah suhu lapan darjah celsius tidak menjadi penghalang untuk saya bermain salji dan bergambar kenangan berlatarbelakang Gunung Xuebao, puncak ketiga tertinggi di provinsi Sichuan yang berketinggian 5,588 meter.

Perjalanan menaiki bas menyusuri jalan yang agak curam dan berliku untuk sampai ke destinasi menarik tersebut adalah sangat 'berbaloi' walaupun pada awalnya saya berasa agak pening dan mual

Keindahan alam semula jadi berwarna hijau dan putih akibat salji yang meliputi puncak gunung yang 'dihidangkan' membuatkan mata saya kembali segar lantas merakamkan setiap momen indah yang terpancar.

Menakjubkan, itu perkara pertama di fikiran penulis sebaik diberi peluang melihat pemandangan indah Huanglong yang juga dikenali sebagai 'syurga di bumi' pada ketinggian lebih 4,000 meter dari paras laut.

Walaupun hanya sebentar dapat menyaksikan sendiri keajaiban dunia yang sememangnya amat cantik itu, namun penulis berasa puas.

Sepanjang perjalanan juga, saya dapat melihat sejenis haiwan yang amat sinonim dengan masyarakat etnik Tibet yang tinggal di kawasan pergunungan China iaitu yak yang tiada di tempat asal saya di Malaysia.

Ternyata, rezeki dan tuah menyebelahi saya kali ini apabila berpeluang melihat sendiri salji yang turun pada bulan Mei walaupun ketika ini bukan  musim sejuk.Momen indah ini sekali gus membuktikan bahawa China mempunyai banyak kawasan perlancongan menarik yang masih mengekalkan keindahan alam semula jadinya dan perlu dilawati pelancong seluruh dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China