Cari:
Air Sebuah Kehidupan: Tasik Lima Warna
2017-05-15 12:59:28 CRI Cetak

AIR SEBUAH KEHIDUPAN: TASIK LIMA WARNA

Tasik Lima Warna

Taman Negara Jiuzhaigou

damai memandang di sini

pada air tasik yang jernih

hingga sumur dasarnya

tampak jelas dan tenang

dengan takwa kejernihanmu.

Kau hidup dan mesra

Kau disaluti kehijauan kasih nurani pepohon malar segar

Kau dilindungi kegagahan Gunung Salju Minshan

Kau dihiasi flora dan fauna

aneka warna-warni

menunjangi refleksi kebitaraan makhluk bumi di sini.

Kau sentiasa memanggil

beribu-ribu manusia di sini

agar mencintai alam dan kehidupanmu

Kau tunjukkan pada mereka

tekal airmu mengalir keimanan

suci hingga ke muara

segala kehidupan menanti di sini.

Jiuzhaigou syurga kehidupan.

RCM

Jiuzhaigou

12 Mei 2017.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang

• Awan berwarna Merah di Tembok Besar China
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China