Cari:
Salji dan pemeliharaan taman negara
2017-05-15 14:52:49 CRI Cetak

Oleh: Azman Anuar

Berada dalam kawasan pergunungan dengan oksigen yang kurang bukan halangan kepada saya untuk menikmati salji di puncak gunung daerah Jiangyuan yang ketinggiannya lebih 4,000 meter dari aras laut.

Perasaan saya bertambah teruja apabila pulang selepas melawat Kolam Lima Warna di Taman Negara Huang Long.

Kepenatan melangkahkan kaki lebih 6 km mendaki dan menuruni Gunung Minshen rasa terubat apabila kejayaan sampai ke lokasi terindah di China itu bagai diraikan dengan berguguran hujan salji.

Saya berasa bertuah kerana hajat untuk menikmati hujan salji akhirnya tertunai di Sichuan, China.

Sebelum ini, walaupun lawatan ke Beijing pada suhu 1°C, saya hanya mendapat rasa sejuk hingga menyucuk tulang sahaja.

Kerajaan China begitu mengambil berat kawasan taman negaranya.Untuk sampai ke Kolam Lima Warna Huang Long perlu berjalan kaki dengan jarak yang begitu jauh.

Jawapan kenapa perlu berbuat demikian terjawab apabila saya berjalan kaki untuk ke pintu masuk Taman Negara Jiuzhaigou. Terdetik dalam fikiran saya kenapa kerajaan China 'memaksa' pelancong berjalan jauh dari tempat letak bas.

Rupa-rupanya kehadiran pelancong tempatan sebanyak 4 juta orang setahun atau purata 11,000 orang sehari itu, memaksa peraturan itu perlu dilakukan untuk mengelak kesesakan.

Satu perkara lagi pada pengamatan saya, soal kebersihan kawasan taman juga dijaga rapi oleh petugas yang tidak henti-henti mengutip sampah yang dibuang oleh ribuan pelancong.

Keindahan Kolam Lima Warna di Huang Long dan Tasik Lima Warna di Taman Negara Jiuzhaigou tidak terdapat di mana-mana di dunia. Maka keindahan alam semula jadi itu wajib dipelihara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China