Cari:
Pengajaran Lawatan Di Sichuan 2017
2017-05-15 15:15:59 CRI Cetak

Oleh: Azman Anuar

Perjalanan pengembaraan saya dalam siri Lawatan Laluan Sutera 2017 di provinsi Sichuan memberi banyak kenangan dan pengalaman indah. Antara yang dapat saya lontar dalam cacatan pendek ini ialah:

1. Teknologi Lama Masih Digunakan

Projek perairan Duajiangyan yang sudah berusia lebih dua ribu tahun itu masih memberi khidmat kepada warga Sichuan. Teknologi lama jangan terus diubah.

2. Terokai Suasana Lampau

Menyusuri Jalan Jinli dan Jalan Lebar dan Sempit di kota Chendu mengimbau bayangan pada zaman dinasti lampau. Reka bentuk bangunan lama dan pameran kraf tangan dan budaya tradisi terus dipertahankan daripada ancaman pemodenan.

3. Pengekalan Persembahan Opera dan Teater

Walaupun sudah lama tetapi dengan unsur yang baharu dalam persembahan Opera Sichuan yang topengnya bertukar dengan pelbagai corak menyebabkan ia terus diminati. Begitu juga persembahan teater muzikal bercirikan muzik tradisional Tibet terus ditonton dan mesej bencana gempa bumi di Sichuan sembilan tahun lalu membekaskan kesan di hati penonton.

4. Pemeliharaan Haiwan Daripada Pupus

Haiwan yang hampir pupus iaitu beruang panda gergasi dijaga dengan baik di Pusat Konservasi Panda Chengdu. Di samping pengawalan pembiakannya, ia dapat menarik kesedaran orang ramai yang datang melawatnya.

5. Kaedah Penjagaan Taman Negara

Taman Negara Huang Long dengan keunikan Kolam Lima Warna dan Taman Negara Jiuzhaigou dengan keindahan panorama beberapa Tasik Lima Warna dan air terjunnya dijaga rapi daripada pencemaran. Tiada kenderaan luar dibenar masuk ke kawasan larangan itu.

6. Etnik Minoriti Dibantu

Masyarakat Tibet, penduduk beragama Islam dan etnik kecil lain tidak disisih daripada pembangunan ekonomi.

7. Menyihatkan Badan

Sungguh menyihatkan walaupun keletihan. Bayangkan dalam sehari memerlukan kami membuat lebih 10,000 langkah. Tiada tempat yang apabila turun bas sahaja sudah sampai ke pintu masuk tempat yang dituju.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China