Lima tahun, kita sama-sama saksikan.
Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Xi Jinping menyatakan, kita harus mengutamakan tamadun ekologi dalam pembangunan ekonomi, politik, kebudayaan dan masyarakat. Kita akan berusaha membina China sebagai negara sosialis yang indah.
Persidangan Ke-18 Jawatankuasa Tetap Ke-12 Kongres Rakyat China (NPC) meluluskan keputusan tentang draf pindaan Undang-undang Populasi dan Perancangan Keluarga. Undang-undang baharu yang berkuatkuasakan pada 1 Januari 2016 ini menetapkan "setiap pasangan suam isteri digalakkan melahirkan dua anak".
Basikal mudah sewa yang muncul di China pada 2015 kini berkembang pesat sehingga menjadi cara pengangkutan awam ketiga selain subway dan bas awam.
Bayaran melalui telefon pintar kini meliputi hampir semua aspek dalam kehidupan rakyat China. Lebih 70% pengguna Internet di Beijing menganggap "wang tunai bukanlah wajib untuk dibawa pada masa ini."
Pada 2015, kerajaan China mengemukakan konsep "buatan China 2025", giat mengembangkan industri pembuatan yang berorientasikan teknologi tinggi. Dalam tempoh dua tahun lalu, China berjaya menghasilkan EMU standard, pesawat awam besar C-919 berjaya menyelesaikan penerbangan sulungnya.
Zon ujian bersepadu e-dagang rentas sempadan telah dibina di 12 tempat di China termasuk Hangzhou, Tianjin, Shanghai dan Zhengzhou. Jumlah import e-dagang rentas sempadan mencatat RMB12 trilion pada 2016. Jumlah ini dijangka akan melebihi RMB18 pada tahun ini.
Industri video dalam talian di China memasuki zaman keemasan pada 2017. Sehingga Jun 2017, jumlah pengguna video dalam talian mencapai 565 juta orang. Makin banyak pengguna sanggup membayar untuk perkhidmatan ini.
Perkhidmatan tempahan makanan melalui internet berkembang pesat di China sejak 2013. Skop pasaran ini dijangka akan mencecah RMB204.6 bilion pada 2017, dan skop ini masih terus meningkat. Menurut data statistik, pengguna yang menempah makanan melalui internet di China berjumlah 295 juta orang.