Cari:
Sembilan Ayat Membantu Anda Memahami Laporan Kongres Kebangsaan ke-19 PKC
2017-10-23 16:50:35 CRI Cetak

Sosialisme yang bercirikan China memasuki era baharu. Inilah kedudukan baharu dalam pembangunan China.

Percanggahan utama yang didepani masyarakat China kini telah berubah menjadi percanggahan antara keperluan rakyat yang semakin meningkat terhadap kehidupan lebih baik dengan pembangunan yang kurang seimbang dan holistik.

Pencapaian impian mulia kebangkitan semula bangsa China memerlukan perjuangan gigih, projek yang besar, dan visi yang luhur. 

Pemikiran mengenai sosialisme yang bercirikan China untuk era baharu telah dibentuk sejak Kongres Kebangsaan Ke-18 Parti Komunis China (PKC). Inilah pedoman kepada PKC dan seluruh rakyat dalam usaha mewujudkan kebangkitan semula bangsa, dan harus dipertahankan dan diperkembangkan.

Pelan induk bagi pembangunan sosialisme yang bercirikan China ialah "pelan lima bidang", dan strateginya pula ialah "empat komprehensif". 

Matlamat mempergiat pembaharuan secara menyeluruh ialah menyempurnakan dan mengembangkan sistem sosialis yang bercirikan China, serta mendorong pemodenan sistem dan kemampuan pentadbiran negara. 

China akan merealisasikan pemodenan sosialis pada asasnya menjelang 2035. 

China akan dibangunkan menjadi negara sosialis moden yang makmur, kuat, demokratik, harmoni dan indah menjelang pertengahan abad ini. 

Pimpinan Parti Komunis China meliputi semua golongan dan lapisan masyarakat, serta seluruh wilayah negara ini. Mengetatkan pentadbiran parti secara menyeluruh satu usaha tanpa penghujung.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Pasir Dilitupi Salji

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China