Cari:
Xi Jinping
2017-10-27 15:58:08 CRI Cetak

Biografi Xi Jinping

Xi Jinping, lelaki, etnik Han, dilahirkan pada Jun 1953 dan berasal dari Fuping, Provinsi Shaanxi. Beliau mula bekerja pada Januari 1969 dan menganggotai Parti Komunis China (PKC) pada Januari 1974. Beliau tamat pengajian (sambil kerja) teori Marxisme dan pendidikan ideologi dan politik di Sekolah Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universiti Tsinghua. Beliau mempunyai ijazah Doktor Undang-undang (LLD).

Beliau sekarang menyandang jawatan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC, Presiden Republik Rakyat China, Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China.

1969-1975 Belia yang berpendidikan di Pasukan Liangjiahe, Komun Wen'anyi, Kaunti Yanchuan, Provinsi Shaanxi, dan menyandang jawatan sebagai Setiausaha Cawangannya PKC

1975-1979 Mengikuti pengajian sintesis organik asas di Fakulti Kejuruteraan Kimia Universiti Tsinghua

1979-1982 Urus setia di Jabatan Am Dewan Negara, urus setia di Jabatan Am Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC (berkhidmat sepenuh masa)

1982-1983 Naib Setiausaha Jawatankuasa Kaunti Zhengding Provinsi Hebei PKC

1983-1985 Setiausaha Jawatankuasa Kaunti Zhengding Provinsi Hebei PKC, komisar politik pertama dan setiausaha pertama Parti, Bahagian Pertahanan Kaunti Zhengding Provinsi Hebei

1985-1988 Anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Bandar Xiamen Provinsi Fujian PKC, Naib Datuk Bandar Xiamen

1988-1990 Setiausaha Jawatankuasa Daerah Ningde Provinsi Fujian PKC, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Sub-Kawasan Ketenteraan Ningde PKC

1990-1993 Setiausaha Jawatankuasa Bandar Fuzhou Provinsi Fujian PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Bandar Fuzhou, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Sub-Kawasan Ketenteraan Fuzhou PKC

1993-1995 Anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Provinsi Fujian PKC, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Fuzhou PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Bandar Fuzhou, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Sub-Kawasan Ketenteraan Fuzhou PKC

1995-1996 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian PKC, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Fuzhou PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Bandar Fuzhou, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Sub-Kawasan Ketenteraan Fuzhou PKC

1996-1999 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian PKC, Komisar Politik Pertama Divisyen Simpanan Artileri Antipesawat Provinsi Fujian

1999-2000 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian PKC, Pemangku Gabenor Provinsi Fujian, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Kawasan Ketenteraan Nanjing, Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Provinsi Fujian, Komisar Politik Pertama Divisyen Simpanan Artileri Antipesawat Provinsi Fujian

2000-2002 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Fujian PKC, Gabenor Provinsi Fujian, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Kawasan Ketenteraan Nanjing, Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Provinsi Fujian, Komisar Politik Pertama Divisyen Simpanan Artileri Antipesawat Provinsi Fujian

(1998-2002 Melanjutkan pengajian sambil kerja teori Marxisme dan pendidikan ideologi dan politik di Sekolah Kemanusiaan dan Sains Sosial, Universiti Tsinghua, dan mendapat ijazah Doktor Undang-undang.)

2002-2002 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Zhejiang PKC, Pemangku Gabenor Provinsi Zhejiang, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Kawasan Ketenteraan Nanjing, Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Provinsi Zhejiang

2002-2003 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Zhejiang PKC, Pemangku Gabenor Provinsi Zhejiang, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Kawasan Ketenteraan Zhejiang PKC, Naib Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Kawasan Ketenteraan Nanjing, Pengerusi Suruhanjaya Pengerahan Pertahanan Provinsi Zhejiang

2003-2007 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Zhejiang PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Provinsi Zhejiang, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Kawasan Ketenteraan Provinsi Zhejiang PKC

2007-2007 Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Setiausaha Pertama Jawatankuasa Kawasan Garison Shanghai PKC

2007-2008 Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC, Presiden Sekolah Parti Pusat

2008-2010 Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC, Naib Presiden Republik Rakyat China, Presiden Sekolah Parti Pusat

2010-2012 Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC, Naib Presiden Republik Rakyat China, Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC, Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China, Presiden Sekolah Parti Pusat

2012-2013 Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC, Naib Presiden Republik Rakyat China, Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China

2013- Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC, Presiden Republik Rakyat China, Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China

Anggota simpanan Jawatankuasa Pusat ke-15 PKC, Anggota Jawatankuasa Pusat ke-16, ke-17, ke-18 dan ke-19 PKC, Anggota Biro Politik dan Anggota Jawatankuasa Tetapnya serta Setiausaha Sekretariat Jawatankuasa Pusat ke-17 PKC, Anggota Biro Politik dan Anggota Jawatankuasa Tetapnya serta Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat ke-18 dan ke-19 PKC. Beliau dipilih menjadi Naib Presiden Republik Rakyat China pada Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-11. Dipilih menjadi Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC pada Sidang Pleno ke-5 Jawatankuasa Pusat ke-17 PKC. Dilantik sebagai Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China pada Persidangan ke-17 Jawatankuasa Tetap ke-11 Kongres Rakyat Kebangsaan. Dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC pada Sidang Pleno Pertama Jawatankuasa Pusat Ke-18 PKC. Dipilih menjadi Presiden Republik Rakyat China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Republik Rakyat China pada Persidangan Pertama Kongres Rakyat Kebangsaan ke-12. Dipilih menjadi Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat PKC pada Sidang Pleno Pertama Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China