Cari:
Li Keqiang
2017-10-27 15:59:02 CRI Cetak

Biografi Li Keqiang

Li Keqiang, lelaki, etnik Han, dilahirkan pada Julai 1955 dan berasal dari Dingyuan, Provinsi Anhui. Beliau mula bekerja pada Mac 1974 dan menganggotai Parti Komunis China (PKC) pada Mei 1976. Beliau mendapat ijazah sarjana muda undang-undang (LLB) dari Bahagian Undang-undang Universiti Peking, serta tamat pengajian sarjana dalam bidang ekonomi dan mendapat ijazah doktor ekonomi daripada Sekolah Ekonomi Universiti Peking.

Beliau sekarang menyandang jawatan Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Perdana Menteri Dewan Negara, Setiausaha Kumpulan Pemimpin Dewan Negara PKC.

1974-1976 Belia berpendidikan di Pasukan Dongling, Komun Damiao, Kaunti Fengyang, Provinsi Anhui

1976-1978 Setiausaha Pasukan Damiao, Komun Damiao, Kaunti Fengyang, Provinsi Anhui PKC

1978-1982 Melanjutkan pengajian di Bahagian Undang-undang Universiti Peking, Ketua Persatuan Mahasiswa Universiti Peking

1982-1983 Setiausaha Jawatankuasa Universiti Peking Liga Pemuda Komunis China (CYL), Anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Pusat CYL

1983-1983 Pengarah Bahagian Sekolah Jawatankuasa Pusat CYL, Ketua Setiausaha Persatuan Pelajar Seluruh China

1983-1985 Anggota Simpanan Sekretariat Jawantankuasa Pusat CYL

1985-1993 Setiausaha Sekretariat Jawantankuasa Pusat CYL, Naib Pengerusi Persatuan Belia Seluruh China

(Septemer-November 1991 Mengikuti kursus pegawai peringkat provinsi dan menteri di Sekolah Parti Pusat)

1993-1998 Setiausaha Pertama Sekretariat Jawatankuasa Pusat CYL, merangkap Presiden Univerisiti Pengajian Politik Belia China

(1988-1994 Melanjutkan pengajian ekonomi di Sekolah Ekonomi Universiti Peking dan mendapat ijazah sarjana dan doktor ekonomi)

1998-1999 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Henan PKC, Pemangku Gabenor Provinsi Henan

1999-2002 Naib Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Henan PKC, Gabenor Provinsi Henan

2002-2003 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Henan PKC, Gabenor Provinsi Henan

2003-2004 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Henan PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Provinsi Henan

2004-2005 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Liaoning PKC

2005-2007 Setiausaha Jawatankuasa Provinsi Liaoning PKC, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Provinsi Liaoning

2007-2008 Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC

2008-2013 Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Naib Perdana Menteri Dewan Negara, Naib Setiausaha Kumpulan Pemimpin Dewan Negara PKC

2013- Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Perdana Menteri Dewan Negara, Setiausaha Kumpulan Pemimpin Dewan Negara PKC.

Anggota Jawatankuasa Pusat ke-15, ke-16, ke-17, ke-18 dan ke-19 PKC, Anggota Biro Politik dan Anggota Jawatankuasa Tetapnya Jawatankuasa Pusat ke-17, ke-18 dan ke-19 PKC, Anggota Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan ke-8.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China