Cari:
Han Zheng
2017-10-27 16:03:35 CRI Cetak

Biografi Han Zheng

Han Zheng, lelaki, etnik Han, dilahirkan pada April 1954 dan berasal dari Cixi, Provinsi Zhejiang. Beliau mula bekerja pada Disember 1975 dan menjadi anggota Parti Komunis China (PKC) pada Mei 1979. Beliau tamat pengajian perhubungan antarabangsa dan ekonomi dunia di Institut Pengajian Antarabangsa, Universiti Perguruan China Timur. Beliau mendapat ijazah sarjana ekonomi dan merupakan ahli ekonomi kanan.

Beliau sekarang merupakan anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC dan menyandang jawatan Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC.

1975-1980 Penjaga gudang, kerani dari Bahagian Pembekalan dan Pemasaran Pasukan Pemasangan Kren Xuhui Shanghai, Naib Setiausaha cawangan Liga Pemuda Komunis China (CYL) di pasukan berkenaan

1980-1982 Petugas Syarikat Perindustrian Kelengkapan Kimia Shanghai dan Setiausaha Jawatankuasa CYL di syarikat berkenaan

1982-1986 Setiausaha Jawatankuasa Biro Perindustrian Kimia Bandar Shanghai CYL, (1983-1985 Melanjutkan pengajian kolej junior di Universiti Fudan)

1986-1987 Naib Setiausaha Jawatankuasa Sekolah Perindustrian Kimia Shanghai PKC

1987-1988 Setiausaha Jawatankuasa Kilang Kasut Getah Shanghai PKC merangkap Naib Pengarah kilang tersebut

(1985-1987 Melanjutkan pengajian pendidikan politik di Kolej Malam, Universiti Peruguruan China Timur)

1988-1990 Setiausaha Jawatankuasa Kilang Getah Dazhonghua Shanghai PKC, Naib Pengarah kilang tersebut

1990-1991 Naib Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai CYL (bertanggungjawab atas kerja jawatankuasa berkenaan)

1991-1992 Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai CYL

1992-1993 Naib Setiausaha Jawatankuasa Daerah Luwan Bandar Shanghai PKC, Pemangku Ketua Daerah Luwan

1993-1995 Naib Setiausaha Jawatankuasa Daerah Luwan Shanghai PKC, Ketua Daerah Luwan

(1991-1994 Melanjutkan pengajian perhubungan antarabangsa dan ekonomi dunia di Universiti Perguruan China Timur, dan mendapat ijazah sarjana ekonomi)

1995-1997 Naib Ketua Setiausaha Kerajaan Bandar Shanghai, Naib Setiausaha Jawatankuasa Kerja Ekonomi Holistik di bawah Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Pengarah Suruhanjaya Perancangan Bandar Shanghai, Setiausaha Suruhanjaya Perancangan Bandar Shanghai PKC, Pengarah Pejabat Pengurusan Sekuriti Shanghai

1997-1998 Anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Naib Ketua Setiausaha Kerajaan Bandar Shanghai

1998-2002 Anggota Jawatankuasa Tetap Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Naib Datuk Bandar Shanghai

2002-2003 Naib Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Naib Datuk Bandar Shanghai

2003-2004 Naib Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Datuk Bandar Shanghai

2004-2006 Naib Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Datuk Bandar Shanghai, Naib Ketua Jawatankuasa Penganjur Ekspo Dunia 2010 dan Ketua Eksekutif Jawatankuasa Eksekutif ekspo berkenaan

2006-2007 Pemangku Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Datuk Bandar Shanghai, Naib Ketua dan Naib Ketua Pertama Jawatankuasa Penganjur Ekspo Dunia 2010, Ketua Eksekutif dan Ketua Jawatankuasa Eksekutif ekspo berkenaan

2007-2008 Naib Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Datuk Bandar Shanghai, Naib Ketua Pertama Jawatankuasa Penganjur Ekspo Dunia 2010, Ketua Jawatankuasa Eksekutif ekspo berkenaan

2008-2011 Naib Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Datuk Bandar Shanghai, Naib Ketua Jawatankuasa Penganjur Ekspo Dunia 2010 dan Ketua Eksekutif Jawatankuasa Eksekutif ekspo berkenaan

2011-2012 Naib Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC, Datuk Bandar Shanghai

2012-2017 Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC

2017- Anggota Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC, Setiausaha Jawatankuasa Bandar Shanghai PKC

Anggota Jawatankuasa Pusat ke-16, ke-17, ke-18 dan ke-19 PKC, Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat ke-18 PKC, Anggota Biro Politik dan Jawatankuasa Tetapnya Jawatankuasa Pusat ke-19 PKC.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Padang Pasir Dilitupi Salji

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China