Cari:
Alilah, Brunei Darussalam
2017-12-05 14:32:37 CRI Cetak

Alilah merupakan artis tempatan yang telah bertapak dalam bidang hiburan di Brunei Darussalam sejak tahun 2005. Memilih genre MODERN ROCK sebagai taruhan. Pernah mengikuti beberapa pertandingan nyanyian anjuran pihak swasta dan Radio Televisyen Brunei.Sering dijemput untuk membuat perrsembahan bagi siaran radio dan TV Brunei. Telah merakamkan lebih dari 20 buah lagu, lagu-lagu nyanyiannya sering mendapat permintaan dari pendengar dan menjuarai carta di stesen radio.

Alilah juga pernah merakamkan lagu bersama beberapa artis popular Negara Brunei Darussalam seperti Maria, Putri Norizah dan Rafiz. Pernah merakamkan lagu di Indonesia "ANAK BUJANGAN MENCARICINTA" berkolaborasi bersama band dari Indonesia, Luvito Band dan lagu tersebut mendapat sambutan baik dari penggemar muzik di Brunei dan Indonesia. Lagu ini juga telah terpilih dalam projek khas TV Brunei dalam pembikinan klip video dan tercalon dalam Top 5 Vokal Lelaki Pilihan Anugerah Pelangi selama 3 kali berturut-turut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China