Cari:
Shila Amzah, Malaysia
2017-12-05 14:43:27 CRI Cetak

Shila Amzah merupakan anak kepada penyanyi terkenal 80-an, Amir Amzah Saleh atau lebih dikenali sebagai ND Lala. Dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Lumpur, Malaysia oleh sebuah keluarga muzik, Shila mula bergiat aktif dalam muzik ketika berusia sembilan tahun dan membuat persembahan di pelbagai tempat muzikal di kampung halamannya ketika kecil. Beliau mengeluarkan album pertamanya, Terima Kasih Guru pada usia 10 tahun. Beliau mula memenangi anugerah sejak itu, bermula dengan Artis Kanak-kanak Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian. Dengan bantuan komposer muzik dan penerbit rakaman yang terkenal di Malaysia, Helen Yap, pada tahun 2005 Shila mengeluarkan album pop studio kedua, Sha-Hila. Beliau menjadi lebih terkenal dengan single "Patah Seribu" (2011) yang menerima Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-19 (AIM19).

Beliau terus mendapat kemasyuran selepas memenangi Asian Wave dan naib-johan dalam I Am A Singer (Musim 2), beliau digelar Asia's Sweetheart (Kekasih Asia), Princess of Music (Puteri dalam Muzik) dan National Treasure of Malaysia (Khazanah Negara Malaysia).

Shila Amzah merupakan satu-satunya penyanyi Malaysia dengan jualan lagu Mandarin tertinggi di China. Kemahsyuran yang diterima Shila membuatkan akaun Weibonya kini mempunyai 2.5 juta pengikut dan akaun Instagramnya kini berjumlah 1.5 juta pengikut. Terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa, Shila telah menerima beberapa anugerah untuk pencapaian terbaiknya setakat ini antaranya ialah Anugerah Persahabatan China-Malaysia dari Duta China ke Malaysia dan beberapa nominasi di World Music Awards seperti Artis Wanita Terbaik Dunia, Penghibur Terbaik Dunia, Lagu Terbaik Dunia serta Video Terbaik Dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China