Penyanyi-penyanyi dari negara ASEAN yang menyertai Konsert Persahabatan China-ASEAN 2017 melawat Kuil Shaolin yang berdekatan dengan bandar Zhengzhou, ibu kota provinsi Henan pada 7 Disember.
Kuil Shaolin yang bersejarah lebih 1,500 tahun itu terkenal dengan kung fu China. Selain melawat, para penyanyi juga berpeluang untuk menyaksikan persembahan kung fu yang amat mengagumkan.