Cari:
Thailand Kuatkuasakan Perlembagaan Baharu
2017-12-29 16:41:04 CRI Cetak

Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn berkenan menandatangani Perlembagaan baharu pada 6 April 2017. Ini perlembagaan ke-20 sejak Thailand mengamalkan sistem raja berperlembagaan.

Menurut perlembagaan baharu itu, pilihan raya umum kali pertama, sejak rampasan kuasa pada 2014, akan diadakan. Kesemua 250 kerusi dalam Dewan Negara ditetapkan oleh pihak tentera, manakala calon Perdana Menteri boleh dipilih dari luar Dewan Perwakilan. Ini bermakna Perdana Menteri bukan semestinya ahli parlimen.

Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha mengatakan bahawa tarikh pilihan raya akan diumumkan kerajaan pada Jun 2018. Pilihan raya itu dijangka diadakan pada November tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China