Cari:
Kerajaan Filipina Menang dalam Pertempuran di Marawi
2017-12-29 16:42:17 CRI Cetak

Serangan ganas berlaku di Marawi, bandar di selatan Filipina pada 23 Mei 2017. Militan antikerajaan, Maute bertempur dengan tentera kerajaan dan berjaya menawan bandar Marawi. Pada 25 Mei, Presiden Rodrigo Duterte mengumumkan perintah berkurung di bandar berkenaan. Beliau dalam laporan kepada kongres menyatakan bahawa kumpulan Maute dan kumpulan Abu Sayyaf berniat untuk menubuhkan rejim bagi menguasai seluruh pulau Mindanao.

Sebanyak beribu-ribu orang terbunuh dalam pertempuran selama lima bulan di Marawi, termasuk 961 orang anggota militan, manakala lebih 460 ribu penduduk di sekeliling Marawi terpaksa meninggalkan kampung halaman mereka.

Pada 17 Oktober, Presiden Duterte mengumumkan bahawa bandar Marawi telah dibebaskan daripada cengkaman pengganas. Pada 26 Oktober pula, Setiausaha Pertahanan Filipina, Delfin Lorenzana mengumumkan pertempuran memerangi keganasan di Marawi telah berakhir.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China