Cari:
Pertikaian Keluarga Lee Kuan Yew Gegarkan Singapura
2017-12-29 16:44:08 CRI Cetak

Pada 14 Jun 2017, anak-anak kepada mendiang Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew, iaitu Lee Wei Ling dan Lee Hsien Yang mengeluarkan kenyataan bersama melalui akaun facebook, mengkritik abang mereka, Lee Hsien Loong tidak mengikuti wasiat bapa mereka dan "menggunakan harta negara untuk kegunaan sendiri". Lee Hsien Loong kemudian menolak dakwaan itu dan menyatakan rasa kesal atas tindakan adik-adiknya yang menjadikan pertikaian keluarga tumpuan orang awam. Perkara ini telah menggegarkan seluruh masyarakat Singapura.

Pada 19 Jun, Lee Hsien Loong memohon maaf kepada rakyat kerana pertikaian keluarganya telah mendatangkan kebimbangan kepada rakyat dan menjejaskan reputasi negara. Beliau turut berjanji bahawa pemerintahan negara tidak akan terjejas oleh perkara tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China