Pada 6 Ogos 2017, rangka Kod Tatalaku di Laut China Selatan (CoC) dicapai sempena Mesyuarat Menteri-menteri Luar China-ASEAN di Manila. Rangka ini menyediakan asas yang baik bagi rundingan CoC selanjutnya. Pada 13 November 2017, China dan negara-negara ASEAN mengumumkan rundingan tentang butiran CoC dimulakan, sempena Sidang Pemimpin China-ASEAN Ke-20. Ini mencerminkan situasi di Laut China Selatan ke arah yang kian stabil, dan permuafakatan kedua-dua pihak untuk memelihara keamanan dan kestabilan serantau.