Pada 14 November 2017, sidang pemimpin pertama Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang diketuai ASEAN diadakan di Manila sempena sidang kemuncak ASEAN. Pemimpin dari sepuluh negara ASEAN serta China, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, dan India bersetuju bahawa perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang sedia ada perlu disatupadukan, di samping mengambil kira tahap pembangunan yang berbeza pelbagai pihak. Mereka menegaskan keazaman untuk mencapai satu perjanjian yang moden, komprehensif, bermutu tinggi dan saling menguntungkan.