Pada 16 November 2017, Mahkamah Agung Kemboja membuat keputusan membubarkan parti pembangkang, iaitu Parti Penyelamat Kebangsaan Kemboja (CNRP), di samping melarang 118 anggota parti itu terlibat dalam kegiatan politik dalam tempoh lima tahun akan datang. Kementerian Dalam Negeri Kemboja menjelaskan bahawa CNRP berkomplot dengan kekuatan di luar negara, berniat menggulingkan kerajaan sah Kemboja melalui "revolusi warna". Ketua parti itu, Kem Sokha ditahan kerana tuduhan mengkhianat negara pada 3 September lalu. Kerajaan mengemukakan dakwaan kepada mahkamah agung supaya membubarkan CNRP pada 6 Oktober.