Cari:
Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China (CPPCC)
2018-02-27 11:00:49 CRI Cetak

Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China merupakan pertubuhan barisan bersatu patriotik rakyat China, dan juga badan penting bagi kerjasama yang berbilang parti dan permesyuaratan politik pimpinan Parti Komunis China. Perpaduan dan demokrasi merupakan dua topik utama Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China.

Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China terdiri daripada anggota Parti Komunis China, anggota parti-parti bukan parti komunis, tokoh bukan parti, anggota pertubuhan rakyat, anggota pelbagai etnik minoriti dan pelbagai lapisan masyarakat, wakil rakyat senegara dari Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong, Wilayah Pentadbiran Khas Makau dan Taiwan. Tempoh perkhidmatan setiap penggal ialah 5 tahun.

Majlis mesyuarat politik bertugas mengadakan mesyuarat sebelum pengambilan keputusan terhadap panduan penting negara dan tempatan serta masalah penting dalam kehidupan politik, ekonomi, kebudayaan dan masyarakat dan mengadakan mesyuarat terhadap masalah penting dalam proses pengamalan keputusannya. Berdasarkan cadangan yang dikemukakan oleh Parti Komunis China, Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan, kerajaan rakyat, parti-parti bukan parti komunis dan pertubuhan rakyat, Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China dan jawatankuasa tempatannya boleh mengadakan persidangan yang disertai oleh ahli-ahli dari parti-parti bukan parti komunis, pegawai pertubuhan, tokoh etni-etnik dan pelbagai lapisan masyarakat, mengadakan mesyuarat dan boleh juga mencadangkan badan tersebut menyerahkan masalah-masalah yang penting berkenaannya untuk dibahaskan.

Pengawasan secara demokratik merupakan pengamalan terhadap perlembagaan, undang-undang dan akta negara, pelaksanaan dasar dan keputusan penting, terhadap kerja badan negara serta pekerjanya dan mengadakan penyeliaan melalui cadangan dan kritikan yang dikekukakannya.

Menghadiri persidangan dan membahaskan perkara-perkara penting tentang keputusan negara ialah melalui cara mengadakan penyelidikan dan kajian, mengutarakan situasi masyarakat dan pendapat rakyat untuk mengadakan perbincangan terhadap masalah penting dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan kehidupan masyarakat serta masalah yang diminati secara merata oleh massa rakyat. Mereka boleh mengemukakan pendapat dan cadangan kepada Parti Komunis China dan badan negara melalui laporan kajian, usul, cadangan dan bentuk lainnya.

Pada September tahun 1949, Sidang pleno pertama Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China berfungsi menjalankan tugas kongres rakyat kebangsaan, mewakili hasrat rakyat seluruh negara untuk mengisytiharkan penubuhan Republik Rakyat China dan telah memainkan peranan penting dalam sejarah. Setelah Kongres Rakyat Kebangsaan Pertama China diadakan pada tahun 1954, Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China tidak lagi berfungsi menjalankan tugas kongres rakyat kebangsaan, majlis tersebut wujud terus selaku pertubuhan barisan bersatu patriotik yang paling luas di China serta telah menjalankan banyak kerja dalam kehidupan politik negara ndan kehidupan masyarakat serta aktiviti persahabatan dengan luar dan telah membuat sumbangan besar. Setakat Mac tahun 2004, Majlis Mesyuarat Politik Rakyat China telah menjalin hubungan dengan 170 badan dan 8 pertubuhan antarabangsa dan rantau daripada 101 buah negara di dunia serta telah mengadakan komunikasi yang bersahabat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China