
Pasukan Perhubungan dan Pengangkutan
Pasukan ini memperlihatkan hasil pencapaian China dalam bidang perhubungan dan pengangkutan sejak 60 tahun yang lalu.
Sekarang, selain internet, terdapat juga jaringan perhubungan dan pengangkutan bersepadu yang meliputi seluruh negara. Pada 60 tahun yang lalu, China hanya mempunyai landasan kereta api sepanjang lebih 10,000 kilometer dan jalan raya sepanjang 30,000 kilometer di seluruh negara. Perhubungan dan pengangkutan China pada masa itu ketinggalan hampir satu abad dengan negara maju di barat. Bagaimanapun, pembinaan infrastruktur perhubungan, teknik dan kemudahan pengangkutan China diperbaiki secara besar-besaran. Muatan kargo di pelabuhan China menduduki tempat yang pertama di seluruh dunia, dan panjangnya jalan raya China menduduki tempat kedua di seluruh dunia.

Pasukan Pembangunan Tenaga
Tenaga baru dijadikan penjana bagi kereta berhias Pasukan Pembagungan Tenaga yang terdiri daripada wakil pekerja dalam bidang tenaga.
Hasil pencapaian dalam bidang tenaga dalam dua aspek diwujudkan pada 60 tahun yang lalu. Pertama, China sentiasa mengekalkan sistem keupayaan diri dalam bekalan tenaga. Misalnya, China hanya mempunyai 22 takungan yang besar dan sederhana sebelum Republik Rakyat China ditubuhkan. Namun, sekarang, China berjaya membina projek pengairan dalam jumlah yang besar, seperti projek Tiga Gaung Sungai Yangtze, projek pengairan Xiaolangdi Sungai Kuning, dan projek pembekalan air dari selatan ke utara. Dan kedua, China dengan aktif mengadakan kerjasama antarabangsa dalam bidang tenaga selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan. Bidang kerjasama antarabangsa China telah meluas kepada uranium asli, arang batu, tenaga angin dan bahan bakar biologi daripada petroleum dan gas asli.

Pasukan Ekologi dan Pemuliharaan Alam Sekitar
Pasukan ini terdiri daripada pekerja dan sukarelawan pemuliharaan alam sekitar. Dalam kereta berhias, kanak-kanak bermain dalam rumah hijau. Seiring dengan pembangunan sosioekonomi, kesedaran orang China terhadap pemuliharaan alam sekitar juga semakin meningkat.
Pada tahun 1960-an, China menguatkuasakan peraturan bersepadu yang pertama dalam bidang pemuliharaan alam sekitar. Pada tahun 1990-an, pemuliharaan terhadap alam sekitar telah dijadikan sebagai dasar negara. China menjadikan pembangunan berterusan sebagai strategi negara, dan menggalakkan perkembangan ekologi.








