Cari:
Siaran Langsung (57) Kereta berhias bernama "Berlayar untuk Perlayaran"....lagi>>
2009-10-01 13:21:15 CRI Cetak

Kereta berhias bernama "Belayar " mencerminkan pemandangan yang indah dan pencapaian pembangunan yang cemerlang di Provinsi Fujian. Provinsi itu menghadap Taiwan di seberang laut dan kaya dengan sumber pelancongan. Jumlah orang Cina dan perantau China yang berasal dari Provinsi itu mencatat 10 juta di seluruh dunia. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, ekonominya berkembang dengan pesat, KDNKnya buat pertama kali mencecah 1,000 bilion Yuan RMB pada tahun 2008.

(Membangunkan Provinsi Jiangxi)

Kereta berhias bernama "membangunkan Provinsi Jiangxi" pula mencerminkan konsep pembangunan yang "mengekalkan semangat revolusi sejarah, mengembangkan persekitaran yang hijau". Parti Komunis China membentuk kawasan asas pertama di Gunung Jinggangshan di provinsi itu. Sejak Republik Rakyat China ditubuhkan, provinsi itu memberi sumbangan penting untuk menjamin keselamatan bahan makanan negara. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, penduduk provinsi itu bukan sahaja mewujudkan pertumbuhan ekonomi yang pesat, tetapi juga giat melindungi ekologi alam sekitar.

(Gunung yang warna hijau, laut yang biru)

Kereta berhias bertema "Gunung yang warna hijau, laut yang biru" melukiskan rangka tindakan rakyat provinsi Shandong untuk membentuk kawasan ekonomi laut. Garis sempadan pantai sepanjang 3000 kilometer dan sumber laut yang kaya membolehkan Provinsi Shandong menjadi salah satu kawasan ekonomi laut yang dinamik. Pada bulan Ogos tahun ini, rancangan kawasan ekonomi laut beroperasi secara rasmi di provinsi itu untuk membentuk industri laut yang berdaya saing pada tahun 2015, dan kawasan ekonomi laut pada tahun 2020.

Kereta berhias bertema "Bunga subur pada zaman makmur" mencerminkan kemakmuran Provinsi Henan. Henan merupakan pengeluar bahan makanan utama dengan jumlah penduduknya yang ramai. Jumlah pengeluaran hasil pertanian di provinsi itu melebihi 50 bilion kilogram pada tahun 2007, menduduki tempat pertama di seluruh negara  8 tahun berturut-turut. Selain itu, Provinsi Henan juga merupakan pusat laluan kereta api, jalan raya, laluan penerbangan, komunikasi dan sumber tenaga.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China