Peristiwa Penting dalam Sejarah Hubungan Republik Rakyat China-Filipina
9 Jun 1975: Perdana Meteri China, Zhou Enlai bersama dengan Presiden Filipina, Ferdinand Edralin Marcos menantandatangani pengumuman bersama untuk menjalin hubungan diplomatik di Beijing. Dengan itu, terjalinlah secara rasmi hubungan diplomatik pada peringkat kedutaan antara China dan Filipina. Kedua-duanya juga menandatangani perjanjian perdagangan bagi pihak kerajaan negara masing-masing.
Tahun 1986: China dan Filipina membentuk mekanisme perundingan diplomatik.
April 1988: Presiden Filipina, Corazon Aquino melawat China.
Disember 1990: Perdana Meteri China, Li Peng melawat Filipina.
25 hingga 30 April 1993: Presiden Filipina, Fidel Ramos melawat china. Pada bulan yang sama, beliau membatalkan tindakan perdagangan yang bersifat diskriminasi terhadap China, dan memulihkan perkembangan perdagangan dua hala.
November 1996: Presiden China, Jiang Zemin mengadakan lawatan rasmi ke Filipina. Pemimpin kedua-dua negara bersetuju untuk menjalin hubungan kerjasama kejiranan yang saling mempercayai untuk menuju ke abad ke-21. Kedua-dua pihak juga mencapai kata sepakat dan persefahaman untuk "mengetepikan pertikaian dan meneroka bersama-sama" dalam isu Laut China Selatan.
November 1999: Perdana Menteri China, Zhu Rongji membuat lawatan rasmi ke Filipina, dan menghadiri Mesyuarat Tidak Rasmi Ke-3 Pemimpin ASEAN dengan China, Jepun dan Republik Korea, di Manila.
Mei 2000: Presiden Filipina, Joseph Ejercito Estrada membuat lawatan rasmi ke China. Menteri luar kedua-dua negara telah menandatangani "Kenyataan Bersama Kerajaan China dan Filipina mengenai Rangka Kerjasama Dua Hala Abad Ke-21".
Oktober 2001: Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo melawat China. Kedua-dua pihak menandatangani beberapa perjanjian kerjasama dua hala, termasuk "Perjanjian Ekstradisi", "Memoradum Persefahaman Membanteras Jenayah Transnasional", "Perjanjian Kerjasama Membanteras Penjualan Dadah", dan bertukar-tukar dokumen untuk menubuhkan konsulat umum Filipina di Shanghai.
Januari 2002: Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo menandatangani surat perintah yang menetapkan tarikh terjalinnya hubungan diplomatik antara China dengan Filipina, iaitu 9 Jun, sebagai "Hari Persahabatan Filipina-China".
September 2002: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Li Peng melawat Filipina. Pemimpin kedua-dua negara menandatangani dokumen kerjasama, termasuk "Memorandum Persefahaman Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China dan Dewan Perwakilan Filipina".
September 2004: Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo melawat China dan menghadiri Sidang Antarabangsa Parti-parti Politik Asia Ke-3 di Beijing. Dalam tempoh lawatan itu, China dan Filipina telah mengeluarkan "Pengumuman Bersama". Dalam pengumuman itu, Filipina mengiktiraf kedudukan ekonomi pasaran China.
April 2005: Presiden China, Hu Jintao membuat lawatan rasmi ke Filipina. Pemimpin kedua-dua negara memutuskan untuk menjalin hubungan kerjasama strategik yang bermatlamat ke arah kedamaian dan pembangunan.
Januari 2007: Perdana Menteri China, Wen Jiabao melawat Filipina. Kedua-dua pemimpin negara ini mengeluarkan kenyataan bersama, dan menyatakan kesediaan untuk mempertingkat hubungan kerjasama strategik yang bermatlamatkan kedamaian dan pembangunan secara menyeluruh.
Ogos 2008: Presiden Filipina, Gloria Macapagal Arroyo menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik Beijing dan membuat kunjungan ke Chengdu, provinsi Sichuan.