Peristiwa Penting dalam Sejarah Hubungan Republik Rakyat China-Vietnam
Pada 18 Januari Tahun 1950, Republik Rakyat China dan Vietnam menjalinkan hubungan diplomatik secara rasmi.
Pada 10 April 1950, siaran bahasa Vietnam Radio Antarabangsa China mula dipancarkan ke udara.
Sejak bulan Ogos 1950 hingga tahun 1954, China memberikan bantuan kepada Vietnam dalam usaha menewaskan tentera Perancis yang mencerobohinya. Ini termasuk membantu melatih 15 ribu anggota tentera dan memberikan bantuan senjata, kenderaan, pakaian, bahan makanan dan bahan bakar kepada tentera Vietnam.
Pada musim panas tahun 1962, pengerusi Vietnam Ho Chi Min melawat ke China, memohon bantuan ketenteraan daripada China.
Pada bulan Jun 1963, delegasi penulis China yang diketuai oleh penulis terkenal China, Ba Jin melawat Vietnam.
Dalam tempoh antara tahun 1965 hingga tahun 1975, sebanyak lebih 20 provinsi dan bandar serta puluhan institusi pengajian sain China terlibat dalam usaha memberikan bantuan kepada Vietnam untuk menewaskan tentera A.S yang menceroboh negara itu. Bantuan senjata dan barangan yang diberikan kepada Vietnam bernilai 4 bililon Yuan RMB, cukup untuk kelengkapan bagi 2 juta orang tentera Vietnam.
Dalam tempoh antara tahun 1965 hingga bulan Ogos 1975, China mengerahkan seramai 320 ribu anggota tentera ke Vietnam untuk membantu membina projek pertahanan pengeboman udara, jalan raya dan menghapuskan periuk api. Daripada jumlah tersebut lebih 1,000 orang telah terkorban di Vietnam.
Pada 5 hingga 10 November 1991, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Do Muoi dan Pengerusi Majlis Menteri Vietnam, Vo Van Kiet membuat lawatan ke China. Dalam tempoh lawatan itu, China dan Vietnam telah mengeluarkan kenyataan bersama yang mengisytiharkan pemulihan semula hubungan parti dan kerajaan antara kedua-dua negara.
Pada 19 hingga 22 September 1994, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China, Jiang Zemin membuat lawatan ke Vietnam dan menandatangani beberapa perjanjian untuk mempergiat kerjasama ekonomi China-Vietnam.
Pada 26 November hingga 2 Disember 1995, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Do Muoi melawat ke China. Dalam tempoh lawatannya, pemimpin kedua-dua negara ini mencapai persepakatan pada prinsipnya tentang isu pengangkutan kereta api merentasi sempadan.
Pada 25 Februari hingga 2 Mac 1999, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Le Kha Phieu melawat ke China. Pemimpin kedua-dua negara ini telah mengeluarkan kenyataan bersama tentang pedoman perkembangan hubungan dua hala, iaitu berusaha memastikan perkembangan hubungan China-Vietnam yang stabil, bersahabat, bekerjasama dan menuju ke masa hadapan.
Pada tahun 2000, China dan Vietnam mengeluarkan kenyataan bersama yang menggariskan rancangan-rancangan yang konkrit tentang usaha mengembangkan hubungan dua hala demi abad yang baru.
Pada 25 Disember 2000, kerajaan kedua-dua negara menandatangani Perjanjian Sempadan di Kawasan Perairan Teluk Beibu, Zon Ekonomi Milik Khas dan Pentas Benua
Pada 27 Februari hingga 1 Mac 2002, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China, Jiang Zemin membuat lawatan rasmi ke Vietnam. Pemimpin kedua-dua negara ini menandatangani Perjanjian Kerjasama Ekonomi dan Teknologi dan Rangka Perjanjian Pinjaman Wang China Kepada Vietnam Dengan Syarat Keutamaan.
Pada 7 hingga 11 April 2003, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nong Duc Manh membuat lawatan ke China. Pemimpin kedua-dua negara bersetuju untuk meningkatkan lagi hubungan China-Vietnam ke satu tahap yang baru dan mengekalkan hubungan persahabatan dan jiran baik antara rakyat kedua-dua negara untuk selama-lamanya.
Pada 18 hingga 22 Julai 2005, Presiden Vietnam, Tran Duc Luong mengadakan lawatan ke China.
Pada 31 Oktober hingga 2 November 2005, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China, Hu Jintao membuat lawatan rasmi ke Vietnam. Lawatan Hu Jintao ini dianggap oleh kedua-dua pihak berfaedah untuk meningkatkan lagi hubungan persahabatan dan kerjasama yang menyeluruh antara China-Vietnam, dan menyumbang kepada pembangunan dan kedamaian di kawasan serantau, malah seluruh dunia.
Pada 22 hinga 26 Ogos 2006, atas undangan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China, Hu Jintao, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nong Duc Manh membuat lawatan ke China.
Pada 15 hingga 17 November 2006, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China yang juga Presiden China, Hu Jintao membuat lawatan rasmi ke Vietnam. Lawatan Hu Jintao ini, dianggap oleh kedua-dua pihak memainkan peranan penting dalam mendorong hubungan jiran baik dan kerjasamayang menyeluruh antara China-Vietnam.
Pada 15 hingga 18 Mei 2007, Presiden Vietnam, Nguyen Minh Triet membuat lawatan ke China.
Pada 30 Mei hingga 2 Jun tahun 2008, Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis Vietnam, Nong Duc Manh melawat ke China. Barang bantuan yang disumbangkan oleh Vietnam kepada kawasan yang dilanda bencana gempa Wenchuan turut diangkut ke China oleh kapal terbang yang dinaiki oleh Nong Duc Manh. Barang bantuan seberat 15 tan itu bernilai 200 ribu dolar Amerika. Ia termasuk, khemah, makanan dan ubat-ubatan.
Pada 23 Februari 2009, China dan Vietnam mengadakan upacara untuk merayakan penyelesaian kerja penetapan sempadan darat di pintu keluar masuk Lintasan Youyi di Pingxiang, Guangxi China.
Pada 5 hingga 8 Ogos 2009, aktiviti "Muhibah Penduduk Kawasan Sempadan China-Vietnam" yang bertema "persahabatan jiran baik dan kerjasama saling menguntungkan" diadakan di bandar Fangchengguang, Guangxi China. Wakil kedua-dua pihak telah menandatangani perisytiharan tentang kerjasama dalam "Aktiviti Muhibah Penduduk Kawasan Sempadan China-Vietnam".