Peristiwa Penting dalam Sejarah Hubungan Republik Rakyat China-Indonesia
13 Apr 1950: Hubungan diplomatik Republik Rakyat China-Indonesia terjalin.
18 -24 Apr 1955: Sidang Asia-Afrika yang juga dikenali sebagai Sidang Bandung diadakan di Indonesia. Perdana Menteri, Zhou Enlai mengetuai delegasi China untuk menyertai sidang tersebut. "Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai" yang dikemukakan oleh China mendapat sokongan daripada pelbagai negara yang menyertai sidang tersebut. Setelah Sidang Bandung berakhir, Zhou Enlai mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia.
30 Sep 1956: Presiden Indonesia, Soekarno melawat China.
1 Apr 1961: China dan Indonesia memeterai perjanjian persahabatan dan perjanjian kerjasama kebudayaan di Jakarta.
30 Okt 1967: China dan Indonesia memutuskan hubungan diplomatik.
Jul 1985: China dan Indonesia memeterai momorandum persefahaman untuk memulihkan hubungan perdagangan langsung yang terputusk sekian lama.
Jul 1990: Menteri Luar Indonesia, Ali Alatas melawat China. Kedua-dua pihak membuat pengumuman bersama untuk memulihkan hubungan diplomatik mulai 8 Ogos tahun itu.
Ogos 1990: Perdana Menteri China, Li Peng melawat Indonesia.
14-19 Nov 1990: Presiden Indonesia, Suharto melawat ke China。
Jun 1991: Presiden China, Yang Shangkun melawat Indonesia.
20-25 Jul 1993: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Qiaoshi melawat Indonesia.
16-19 Nov 1994: Presiden China, Jiang Zemin melawat ke Indonesia. Kedua-dua negara memeterai "Perjanjian Mendorong dan Melindungi Pelaburan" dan "Momorandum Persefahaman Kerjasama Sains dan Teknologi".
13 Mac 1996: Menteri Luar Indonesia, Ali Alatas berkata dalam sidang Jawatankuasa Hubungan Luar, Maklumat dan Keselamatan Dewan Perwakilan Rakyat menyatakan bahawa Indonesia akan mempertahankan dasar "satu China". Penyatuan semula merupakan urusan dalaman China. Indonesia tidak akan campur tangan tentang hal tersebut.
20 Feb 1997: Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China, Ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Chi Haotian melawat Indonesia.
11-13 Apr 1998: Menteri Luar China, Tang Jiaxuan melawat Indonesia. Presiden Suharto menyatakan bahawa Indonesia akan terus berusaha mengembangkan hubungan persahabatan dengan China.
4 Mei 1999: Presiden Indonesia, B.J. Habibie memansuhkan beberapa peraturan yang mendiskriminasikan orang Cina di negara itu. Selain itu, pegawai kerajaan perlu memeriksa peraturan yang menyekat perkembangan pelajaran bahasa Mandarin di negara itu.
8-11 Mei 2000: Menteri Luar Indonesia, Alwi Shihab melawat ke China. Kedua-dua pihak memeterai "Perisytiharan Bersama Arahan Kerjasama Masa Depan China-Indonesia" dan "Memorandum Persefahaman China-Indonesia untuk Menubuhkan Jawatankuasa Kerjasama Dua Hala".
19 Okt 2001: Presiden China, Jiang Zemin bertemu dengan Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri semasa menghadiri Sidang Kemuncak Tidak Rasmi Ke-9 APEC.
7-11 Nov 2001: Perdana Menteri China, Zhu Rongji melawat Indonesia. Kedua-dua negara memeterai beberapa dokumen seperti Perjanjian Kerjasama Kebudayaan, Perjanjian Mengelakkan Cukai Dua Kali dan Mencegah Tindakan Mengelakkan Cukai, Memorandum Persefahaman Kerjasama Pertanian, Memorandum Persefahaman Kerjasama Pelancongan, Memorandum Persefahaman Pertukaran dan Kerjasama Bank serta Memorandum Persefahaman Kerjasama Ekonomi dan Teknologi.
17 Feb 2002: Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri mengumumkan dalam Perhimpunan Sambutan Tahun Baru China Orang Cina Jakarta, kerajaan memutuskan untuk menjadikan Tahun Baru China sebagai hari cuti kebangsaan. Langkah tersebut menunjukkan bahawa kerajaan Indonesia memansuhkan sekatan terhadap Orang Cina Indonesia menyambut Tahun Baru China.
8 Okt 2003: Perdana Menteri China, Wen Jiabao menghadiri Sidang Kemuncak China-ASEAN ke-7 yang diadakan di Pulau Bali.
4 Sep 2004: Menteri Perdagangan dan Perindustrian Indonesia, Rini Soewandi mengumumkan selepas Sidang Menteri Ekonomi dan Perdagangan ASEAN, China, Jepun dan Republik Korea di Jakarta bahawa ASEAN mengakui kedudukan ekonomi pasaran China secara menyeluruh.
27 Dis 2004: Perdana Menteri China, Wen Jiabao mengutus kawat kepada Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono untuk menyampaikan rasa simpati kepada rakyat di negara itu yang dilanda bencana gempa bumi dan Tsunami yang teruk. China segera menghantar barang-barang bantuan kepada Indonesia dan negara-negara terbabit yang dilanda tsunami.
13 Feb 2005: Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengucapkan selamat Tahun Baru China kepada orang Cina di negara itu pada perhimpunan sambutan Tahun Baru China yang dianjurkan oleh Majlis Peringkat Tinggi Ajaran Konfucius Indonesia. Beliau mengiktiraf peranan dan kedudukan orang Cina dalam masyarakat Majmuk di negara itu.
29 Mac 2005: Kerajaan China menyumbang bantuan wang tunai sebanyak 500 ribu dolar Amerika kepada kerajaan Indonesia untuk menjalankan operasi menyelamat mangsa ekoran gempa melanda perairan Sumatra Indonesia dan mengakibatkan jumlah kematian dan kecederaan yang besar..
Apr 2005: Ketua kedua-dua negara memeterai Perisytiharan Bersama Hubungan rakan Strategik China-Indonesia.
Tahun 2006: China dan Indonesia mewujudkan mekanisme dialog peringkat Naib Perdana Menteri.
Okt 2008: Presiden, Susilo Bambang Yudhoyono menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah ke-7 di Beijing.
Tahun 2008: Jumlah perdagangan antara China dengan Indonesia mencatat angka 31.5 bilion dolar Amerika pada tahun 2008 dan meningkat 26% berbanding dengan tahun sebelumnya. Kedua-dua negara telah lebih awal mencapai matlamat mewujudkan jumlah perdagangan dua hala mencecah 30 bilion dolar Amerika yang ditetapkan oleh pemimpin negara masing-masing.