Cari:
Peristiwa Penting Dalam Sejarah Hubungan RRC-Kemboja
2010-03-30 11:38:12 CRI Cetak

Peristiwa Penting Dalam Sejarah Hubungan Republik Rakyat China-Kemboja

19 Jul. 1958: Republik Rakyat China dan Kemboja menjalin hubungan diplomatik secara rasmi.

Mei 1960: Perdana Menteri China Zhou Enlai melawat Kemboja. Beliau mendapat sambutan hangat daripada pemimpin Kemboja, Putera Norodom Sihanouk dan penduduk bandar Phnom Penh, ibu negara Kemboja.

19 Dis. 1960: "Konvensyen Persahabatan dan Tidak Saling Menceroboh China-Kemboja" telah ditandatangani di Beijing.

Mei 1963: Presiden China Liu Shaoqi melawat Kemboja.

Dari pertengahan tahun 1950-an hingga penghujung tahun 1960-an:

Putera Norodom Sihanouk melawat China sebanyak 6 kali (iaitu pada tahun 1956, 1958, 1960, 1963, 1964 dan 1965), manakala Perana Menteri China Zhou Enlai melawat Kemboja dua kali (iaitu pada tahun 1956 dan 1960.)

Jul. 1996: China dan Kemboja menandatangani perjanjian tentang perdagangan, promosi dan perlindungan pelaburan.

Tahun 1999: Raja Kemboja, Norodom Sihanouk, Presiden Perhimpunan Kebangsaan Norodom Ranariddh dan Perdana Menteri Hun Sen melawat China berturut-turut secara berasingan.

Feb. 1999: Perjanjian Ekstradisi, Perjanjian Kerjasama Sektor Pelancongan dan Perjanjian Kebudayaan telah ditandatangani oleh China dengan Kemboja.

Nov. 2000: Presiden China, Jiang Zemin melawat Kemboja. Pemimpin kedua-dua negara mencapai kata sepakat tentang hubungan dua hala dan isu yang menjadi kepentingan bersama. Kedua-dua pihak telah menandatangani "Kenyataan bersama tentang kerjasama dua hala China-Kemboja" yang menjadi dokumen panduan perkembangan hubungan China-Kemboja dalam abad baru.

Mac. 2001: Presiden Senat Kemboja yang juga Pengerusi Parti Rakyat Chea Sim mengetuai delegasi Senat Kemboja melawat China

Mei 2001: Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China Li Peng melawat Kemboja.

Nov. 2002: Perdana Menteri China Zhu Rongji melawat Kemboja. China dan Kemboja mengeluarkan "Pengumuman Bersama" mengenai "hubungan rakan kerjasama yang menyeluruh" yang dijalin antara kedua-dua Negara.

Apr. 2006: Perdana Menteri China Wen Jiabao melawat Kemboja. Kedua-dua pihak mengeluarkan "Pengumuman Bersama", yang juga berkait dengan "hubungan rakan kerjasama yang menyeluruh" antara kedua-dua negara.

Apr. 2006: China dan Kemboja menandatangani perjanjian kerjasama tentang usaha membanteras jenayah transnasional.

Aug. 2007: Perjanjian kerjasama dua hala sektor audit China-Kemboja ditandatangani.

Sep. 2008: Presiden Senat Kemboja Chea Sim melawat China.

Dis. 2008: Siaran stesen radio persahabatan Phnom Penh China-Kemboja dilancarkan secara rasmi.

Jun 2009: Naib Presiden China Xi Jinping bertemu dengan delegasi Parti Funcinpec Kemboja yang diketuai oleh Pengerusi Parti tersebut, Keo Puth Rasmey, di Beijing. Xi Jinping menyatakan penghargaannya terhadap interaksi dan lawatan antara parti China-Kemboja itu.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China