Cari:
Perkara Penting dalam Sejarah Hubungan RRC-Malaysia
2010-03-30 11:38:12 CRI Cetak

Perkara Penting dalam Sejarah Hubungan Republik Rakyat China-Malaysia

31 Mei 1974:  Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak melawat China, dan menandatangani Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik Malaysia-Republik Rakyat China dengan Perdana Menteri Zhou Enlai.

Nov. 1985:  Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mahathir Mohamad melawat China.

Tahun 1985:  Perjanjian Bagi Mengelakkan Cukai Dua Kali ditandatangani.

Tahun 1988:  Perjanjian Perkapalan, Perjanjian Perdagangan, Perjanjian Perlindungan Perdagangan dan Perjanjian Perkhidmatan Penerbangan ditandatangani. Jawatankuasa Bersama Ekonomi dan Perdagangan China-Malaysia turut ditubuhkan.

Dis. 1990:  Perdana Menteri China, Li Peng melawat Malaysia.

6-12 Sept. 1991:  Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Azlan Muhibbudin Shah melawat China.

10-14 Jan. 1992:  Presiden China, Yang Shangkun melawat Malaysia.

Tahun 1992:  Memorandum Persefahaman (MoU) Kerjasama Maklumat dan Perjanjian Kerjasama Sains dan Teknologi ditandatangani.

13-22 Jun 1993:  Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mahathir Mohamad melawat China buat kali kedua.

Tahun 1993:  Perjanjian Sukan ditandatangani.

10-13 Nov.1994:  Presiden China, Jiang Zemin melawat Malaysia.

Tahun 1995:  Kedua-dua negara saling menubuhkan Pejabat Atase Tentera. Dengan ini, pertukaran ketenteraan antara kedua-dua pihak semakin meningkat.

24-27 Ogos 1996:  Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mahathir Mohamad mengadakan lawatan kerja ke China.

Jun 1997:  MoU Kerjasama Pendidikan ditandatangani.

8-15 Julai 1997:  Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman melawat China.

21-24 Ogos 1997:  Perdana Menteri China, Li Peng melawat Malaysia buat kali kedua.

Mei 1999:  Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Syed Hamid Albar melawat China dan menandatangani Kenyataan Bersama Rangka Kerjasama Dua Hala China-Malaysia dengan Menteri Luar China, Tang Jiaxuan.

18-20 Ogos 1999:  Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mahathir Mohamad melawat China. Hasil daripada lawatan ini, Perjanjian Kerjasama Kebudayaan ditandatangani.

Tahun 2000:  Bank China dan bank Malaysia menubuhkan cawangan di antara satu sama lain.

24-29 Apr. 2001:  Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj melawat China.

24-26 Apr. 2002:  Naib Presiden China, Hu Jintao melawat Malaysia.

Tahun 2002:  Menteri Pertahanan China, Chi Haotian melawat Malaysia dan mengadakan rundingan dengan rakan sejawatnya dari negara itu, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apr. 2002:  Majlis Perniagaan China-Malaysia ditubuhkan.

Okt. 2002:  Bank Rakyat China dan Bank Negara Malaysia menandatangani Perjanjian Pertukaran Mata Wang Dua Hala (BSA).

Tahun 2002:  MoU Kerjasama Penerbangan China-Malaysia ditandatangani.

Tahun 2003:  Perjanjian Penggunaan Ruang Angkasa Lepas Secara Damai ditandatangani.

Nov. 2003:  Ketua Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat China, Liang Guanglie melawat Malaysia.

Mei 2004:  Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melawat China dan menghadiri aktiviti sambutan ulang tahun ke-30 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara. Hasil daripada lawatan ini, MoU Kerjasama Diplomatik dan Pengajian dalam Bidang Hubungan Antarabangsa ditandatangani.

Julai 2004:  Naib Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat Parti Komunis China, Guo Boxiong melawat Malaysia dan mengadakan rundingan dengan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak. Pada September tahun ini, pegawai Malaysia diundang ke China untuk menyaksikan latihan tentera negara itu.

Tahun 2005:  Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China, Wu Bangguo melawat Malaysia.

Nov. 2005:  Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat China. Hasil daripada lawatan ini, MoU Kerjasama Pertahanan ditandatangani. Pada Disember tahun ini, rombongan China menyertai Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Malaysia.

Dis. 2005:  Perdana Menteri China, Wen Jiabao melawat Malaysia. Beliau bersama Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengeluarkan Pengumuman Bersama China-Malaysia.

Tahun 2005:  MoU Kerjasama Perubatan ditandatangani. MoU Kerjasama Pendidikan ditandatangani semula.

Mac 2006:  Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan Majlis Permesyuaratan Politik Rakyat China (CPPCC), Jia Qinglin melawat Malaysia.

Oktober 2006:  Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bertemu dengan Perdana Menteri Wen Jiabao ketika menghadiri Sidang Kemuncak Sambutan Ulang Tahun ke-15 Penjalinan Hubungan Dialog China-ASEAN di Nanning, ibu kota Wilayah Autonomi Zhuang Guangxi.

April 2006:  Naib Pengerusi Jawatankuasa Ketenteraan Pusat Parti Komunis, ahli Dewan Negara merangkap Menteri Pertahanan China, Jeneral Cao Gangchuan melawat Malaysia. Rundingan pertahanan antara kedua-dua pihak diadakan buat pertama kali apabila penolong Turus Agung Tentera Pembebasan Rakyat China, Mejar Jeneral Zhang Qinsheng mengetuai rombongan melawat Malaysia pada Mei tahun ini.

April 2007:  Speaker Dewan Rakyat Malaysia, Tan Sri Dato' Sri Diraja Ramli Bin Ngah Talib melawat China.

Tahun 2007:  Seramai 1062 ribu pelancong Malaysia melawat China. China pula muncul sebagai pasaran baru kepada industri pelancongan Malaysia. Ia mencatat seramai 573 ribu pelancong China yang memilih negara tersebut sebagai destinasi pertama dalam rangka lawatan mereka pada tahun ini.

Ogos 2008:  Yang di-Pertuan Agong Malaysia, Tuanku Mizan Zainal Abidin melawat China untuk menghadiri majlis perasmian Sukan Olimpik Beijing. Pada Oktober tahun ini pula, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melawat China untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia-Eropah Ke-7.

Jan.-Nov. 2008:  Jumlah perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencapai 49.482 bilion dolar Amerika, meningkat 19% berbanding tempoh yang sama tahun 2007. Barangan yang diimport oleh China dari Malaysia ialah litar bersepadu, komputer dan alat ganti komputer, minyak kelapa sawit dan produk plastik. Barangan yang dieksport oleh China ke Malaysia pula ialahkomputer dan alat ganti komputer, litar bersepadu, pakaian dan produk tekstil.

19 Jan. 2009:  Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga Presiden Persatuan Cina Malaysia (MCA), Dato'Sri Ong Tee Keat melawat China.

2 Jun 2009:  Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak melawat China sempena ulang tahun ke-35 terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara. Dalam lawatannya kali ini, beliau telah mengadakan rundingan dengan Presiden Hu Jintao dan Perdana Menteri Wen Jiabao.

Yang Lain-Lain: Pelajar China di Malaysia kini melebihi 10,000 orang, manakala pelajar Malaysia di China pula melebihi 1,000 orang.

Agensi Berita Xinhua dan Agensi Berita China menubuhkan cawangan mereka di Kuala Lumpur.

Program CCTV 4 dan CCTV 9 mula disiarkan di Malaysia.

Akhbar Renminribao China edisi seberang laut diterbitkan di Malaysia.

Provinsi Jiangsu dan Negeri Melaka menjalin hubungan negeri kembar. Bandar Xiamen dan Pulau Pinang pula menjalin hubungan bandar kembar.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China