Kini, 93% barangan dalam perdagangan dua hala antara China dengan negara anggota ASEAN menikmati status bebas tarif sejak beroperasinya Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA). CAFTA merupakan kawasan perdagangan bebas yang ketiga terbesar di dunia. Ia melibatkan penduduk yang berjumlah 1.9 bilion orang, Keluaran Dalam Negera Kasar (KNDK) yang bernilai hampir 6,000 bilion dolar Amerika serta jumlah perdagangan yang mencatat 4,500 bilion dolar Amerika.
Menurut Pegawai Jabatan Pentadbiran Am Kastam China, Puan Zhao Xiaolei bahawa kini produk mesin dan elektronik China menghadapi kesukaran ketika diekspot ke pasaran A.S. dan Eropah kerana permintaan pasaran mereka terus merosot. Namun, beberapa jenis produk China yang berdaya saing telah mendapat sambutan baik di pasaran negara ASEAN. Di samping itu, syarikat domestik juga mempergiat usaha untuk meneroka pasaran negara membangun, khususnya pasaran negara ASEAN yang berpotensi amat besar selepas tertubuhnya CAFTA.
Kumpulan Konka merupakan sebuah syarikat pengeluar televisyen dan telefon bimbit yang terkemuka di China. Produk yang dikeluarkan oleh syarikat itu kini telah dieksport ke 100 negara dan kawasan, termasuk juga negara-negara ASEAN.
Menurut Penolong Ketua Pengarah Kumpulan Konka, Puan Lu Yan, syarikat itu telah menetapkan rancangan dan strateginya untuk memanfaatkan peluang daripada penubuhan CAFTA demi menembusi pasaran ASEAN. Menurut beliau, syarikat Konka telah mendirikan badan penyelidikan di Asia Tenggara dan membuka saluran jualannya di Malaysia, Indonesia dan Thailand demi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pengguna tempatan. Hal ini juga membantu syarikat Konka menyempurnakan fungsi produknya berdasarkan permintaan pengguna di rantau ASEAN. Puan Lu Yan bekata: "Masalah isyarat siaran televisyen yang kurang baik dikenalpasti di kawasan pergunungan di sesetengah negara ASEAN. Oleh itu, kami mengeluarkan sejenis televisyen yang komponen penerima isyaratnya lebih sensitif untuk pengguna tempatan. Televisyen tersebut tidak dipasarkan di negara Barat, Jepun dan Republik Korea kerana kos pengeluarannya lebih tinggi daripada televisyen biasa. Walaupun permintaan terhadap televisyen itu tidak begitu besar, namun usaha kami ini amat bermakna kerana ia boleh memudahkan kehidupan penduduk tempatan di samping meningkatkan prestasi syarikat kami di pasaran ASEAN.
Apakah televisyen Konka akan mendatangkan cabaran besar kepada syarikat pengeluar televisyen di negara Asia Tenggara berikutan pembatalan tarif perdagangan. Menurut Puan Lu Yan, perkara ini pastinya tidak akan berlaku. Beliau berkata demkian kerana pengeluaran dan jualan televisyen Konka kini dilaksanakan oleh ajennya di ASEAN, malah 95% kakitangan di dalam ajen-ajen tersebut ialah warga tempatan. Selain itu, syarikat Konka juga memperuntukkan sejumlah besar modal untuk melatih dan membayar gaji kepada mereka. Langkah ini membantu menambah peluang kerja di negara-negara Asia Tenggara. Oleh itu, televisyen Konka yang dipasarkan di negara ASEAN boleh dianggap sebagai produk tempatan walaupun ia berjenama China.
Laluan penerbangan awam antara China dengan negara ASEAN dijangka bertambah sibuk selepas beroperasinya CAFTA. Oleh yang demikian, perkhidmatan penerbangan yang lebih efisien dan sempurna seharusnya diwujdukan oleh syarikat penerbangan kedua-dua pihak. Kini, Syarikat Penerbangaan Shenzhen, iaitu syarikat penerbangan kelima terbesar di China telah membuka laluan penerbangan langsung ke kebanyakan bandar besar di rantau ASEAN, termasuk Kuala Lumpur, Singapura, Manila dan Jakarta. Pengurus Bahagian Urusan Antarabangsa Syarikat Penerbangaan Shenzhen, Puan Chen Zhihong berkata, mereka akan membuka lebih banyak laluan penerbangan ke negara-negara ASEAN bagi memudahkan kegiatan perniagaan dan pelancongan antara kedua-dua pihak. Kata beliau: "Demi memberikan perkhidmatan yang memuaskan untuk penumpang dari negara ASEAN, semua anak kapal mesti mahir bercakap bahasa Inggeris dan menguasai bahasa isyarat tangan. Dengan ini, tidak wujud lagi masalah untuk berkomunikasi dengan penumpang dari pelbagai negara ASEAN. Hal ini amat penting bagi memberikan perkhidmatan yang baik kepada para penumpang."