
Anggota pasukan tentera Thailand ditempatkan di jalan komersial dan jalan kewangan utama di Bangkok, ibu negara Thailand hari ini untuk menghalangkan perarakan kumpulan "baju merah" yang menyokong Thaksin Shinawatra.

Menurut pihak tentera Thailand, anggota pasukan tentera ditempatkan di bank utama, taman dan stesen transit aliran ringan di Jalan Silom.

Kumpulan "baju merah" yang sedang mengadakan tunjuk perasaan di jalan Rachaprasong menytakan semalam, mereka mungkin akan mengadakan tunjuk perasaan di Jalan Silom, dan akan mengadakan aktiviti perarakan antikerajaan yang besar di Bangkok esok.

Jurucakap Pusat Pengurusan Kecemasan Awam Thailand, Sansern Kaewkamnerd memberi amaran kerapa kumpulan "baju merah" supaya jangan mengadakan aktiviti tunjuk perasaan di jalan Silom. Kalau tidak, mereka akan dijatuhkan hukuman.








