Cari:
Akhbar Malaysia Beri Perhatian Besar Terhadap Ekspo Dunia di Shanghai
2010-05-03 15:06:33 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Akhbar-akhbar utama dari Malaysia memberikan perhatian yang besar terhadap Ekspo Dunia 2010 di Shanghai yang dirasmikan pada 30 April lalu.

Akhbar "New Straits Times" menerbitkan rencana yang berjudul "China yang Mara ke Arah Negara Makmur Sedang Mempamerkan Daya Tarikannya kepada Dunia". Rencana itu menyebut, Ekspo Dunia di Shanghai ini bukan sahaja mempamerkan ekonomi China yang semakin makmur, serta rasa bangga rakyatnya yang semakin meningkat kepada dunia, malah membolehkan para pengunjung menyaksikan teknologi hijau yang termaju dari 189 buah negara peserta.

Akhbar Sin Chew Jit Poh juga telah membuat banyak liputan tentang Ekspo Dunia di Shanghai ini. Ia membuka ruangan khas untuk memperkenalkan dewan pameran dan barang pameran dari pelbagai negara, serta suasana di taman ekspo ini.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China