Cari:
Promosi Indonesia dalam Ekspo Dunia Mendapat Sambutan Baik
2010-05-04 15:16:00 CRI Cetak

Mesyuarat promosi yang diadakan di dewan pameran Indonesia dalam Ekspo Dunia di Shanghai pada petang 1 Mei lalu mendapat sambutan yang baik daripada usahawan dan pelabur pelbagai negara, antaranya usahawan China yang menunjukkan minat yang paling besar untuk membuat pelaburan di Indonesia.

Ramai usahawan China yang cuba mendapatkan bantuan daripada Menteri Perdagangan Indonesia, Marie Elka Pengestu dan Menteri Penyelarasan Ekonomi, Hatta Rajasa yang turut hadir pada mesyuarat itu, untuk membantu mereka dalam membuat pelaburan di negara itu. Ini termasuk tidak kurang daripada 34 orang usahawan China yang berharap untuk melabur di Indonesia dalam bidang infrastruktur dan industri perlombongan. Selain itu, usahawan China juga menunjukkan minat mereka untuk melabur dalam sektor pembuatan perabot dan penerokaan hasil laut di Indonesia.

   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China